Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Gaya Selebriti Di Acara Karpet Merah ABPBH29

Anugerah Bintang Popular ABPBH29 yang berlansung pada 8 Mei di PICC Putrajaya menyaksikan himpunan pelbagai fesyen daripada selebriti popular Malaysia.

 

Bertemakan #Respek , acara karpet merah bermula seawal 7.30PM. Jom kita saksikan busana mana yang paling menyerlah. Adakah ianya menepati tema malam anugerah berprestij itu? Cosmo sempat merakamkan beberapa gaya selebriti yang menyerlah di acara karpet merah.

 

IMG_0200

Neelofa – Bintang paling popular ABPBH29 menggayakan rekaan Fizi Woo

Gaun Neelofa menjadi antara tumpuan ramai ketika di acara karpet merah, namun ramai pihak berpendapat rekaan di bahagian lengan seperti pernah digayakan oleh Dayang Nurfaizah ketika di AJL29. Namun Neelofa tetap anggun dengan gaya sopan dan elegan. Tahniah Neelofa.

 

IMG_0244

Fathia Latiff – Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH29

Baru sahaja mengenakan hijab, Fathia tampil sopan dengan gaun labuh merah jambu. Dia mungkin masih tercari-cari gaya yang sesuai sebagai wanita berhijab, tetapi baju ini sesuai dengan pelakon tinggi lampai ini. 

 

Antara rekaan menarik yang lain di ABPBH29:

IMG_0251 IMG_0206 IMG_0202 IMG_0190 IMG_0197 IMG_0186 IMG_3342

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness