GAYA - Hijab Organik Yang Harus Kamu Miliki Sekarang!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

GAYA – Hijab Organik Yang Harus Kamu Miliki Sekarang!

Pernah terbayang material hijab yang diperbuat daripada 100% bahan organik? GAYA by Adania adalah jenama hijab yang memperjuangkan nilai mesra alam dalam rangkaian produknya.

 

Idea untuk menghasilkan GAYA tercipta selepas pengasas produk penjagaan kulit berasaskan bahan oprganik – Adania Skin Care, Puan Ain Nadia Yusoff, mahu mengembangkan perniagaannya kepada fesyen.

Kejayaan Adania Skin Care membuatkan Puan Ain Nadia percaya hijab bermaterialkan bahan organik mampu menarik minat peminat fesyen yang menghargai alam sekitar. GAYA by Adania tampil dengan dua koleksi iaitu Organik dan Sutera Satin.

Koleksi Organiknya dihasilkan daripada 100% bahan semula jadi seperti kapas, ulat sutera dan kain modal fiber yang memberikan keselesaan maksima buat kamu. Malah difahamkan, ulat sutera yang diternak juga adalah melalui proses penghasilan sutera secara semulajadi tanpa memudaratkan ulat sutera tersebut.

Koleksi Organik dihasilkan dengan dua warna iaitu kelabu dan hijau zaitun, dimana kedua-duanya menggunakan pewarna asli khas untuk fabrik.

Untuk koleksi Sutera Satin, rekaannya menggambarkan personaliti dan karakter si pemakai. Menurut Puan Ain Nadia, penghasilan GAYA juga bukan hanya sekadar fesyen, tetapi memberikan kesedaran kepada pengguna dan penggemar fesyen untuk menghargai alam semula jadi. Malah rekaannya juga diinspirasikan daripada keindahan alam seperti matahari terbenam, laut, tanah dan motif batuan marmar.

Penghasilannya amat dititik beratkan serta mengikut proses Global Organic Textile Standard (GOTS) Fair Trade dan bahan yang digunakan juga telah diluluskan oleh Ecocert dan GOTS.

Koleksi Gaya by Adania boleh didapati secara atas talian di laman web rasmi www.gaya.my atau untuk menerusi laman sosial mereka di Instagram dan Facebook.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness