Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
fazura new york

Steal Her Looks – Gaya Hebat Fazura Di New York

Apa saja yang digayakan oleh Fazura pasti kelihatan mewah, walaupun hanya gaya ringkas – jeans dan kemeja-T putih. Mungkin kamu boleh jadikan Faz sebagai rujukan untuk gaya harian ataupun ke acara sosial selepas ini? She is one of the best references in fashion for sure.

Baru-baru ini Fazura berlepas ke New York sempena NY Fashion Week yang berlangsung dari 6 hingga 14 September. Faz ke sana kerana menyertai pertunjukan fesyen dan memperagakan jenamanya – Fazbulous. Peluang itu tidak dilepaskan Faz dan dia berterima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia (Peniagawati).

Menerusi interviunya bersama portal Utusan, Faz bersyukur apabila mendapat platform sebegitu untuk meluaskan jenamanya di pasaran antarabangsa.

“Ini juga adalah penglibatan pertama jenama saya dalam Minggu Fesyen New York. Sebelum ini, saya hanya diundang sebagai tetamu sahaja. Saya tidak nafikan teruja dengan tawaran Peniagawati.

“Sudah pasti saya akan manfaatkan masa yang diberikan iaitu selama 15 minit untuk peragaan dan saya akan membawa tujuh pasang rekaan Fazbulous yang bertemakan kegembiraan dan kebebasan pada pertunjukan fesyen itu nanti,” katanya.

Selain memperagakan rekaan jenamanya, Faz juga turut diundang menghadiri pertunjukan fesyen dari Coach serta turut bergambar bersama beberapa nama besar dalam industri fesyen seperti Ketua Pengarang majalah Vogue, Anna Wintour dan bintang K-Pop terkenal, kumpulan Black Pink. Jom check out gaya fesyen Fazura sepanjang di New York minggu lalu. We stan for Fazura!

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness