Gaya Anggun Dan Klasik Kaka Azraff Sebagai Ratu Sehari - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Gaya Anggun Dan Klasik Kaka Azraff Sebagai Ratu Sehari

Penyanyi lagu Sibuk, Kaka Azraff telah selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihannya Adam Azriff, seorang usahawan pada14 Disember 2018 jam 9.53 malam di kediaman keluarganya di Klang, Selangor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup.

Kaka dan Adam dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan diwalikan oleh bapa saudara Kaka sendiri, Nor Izam Aminuddin manakala mas kahwinnya bernilai RM 300. Majlis akad nikah yang serba sederhana itu dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat rapat kedua-dua belah pihak.

 

Mengangkat tema Melayu Klasik, Kaka kelihatan anggun mengenakan busana kebaya putih disamping suami yang nampak segak dalam persalinan serba putih. Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka kepada Allah S.W.T. dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu dan ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka ini. Cosmo difahamkan pasangan love birds ini sudah kawan lama dan mengambil masa setahun menjalin hubungan cinta sebelum mengambil keputusan melangkah ke gerbang perkahwinan.

 

Bagi meraikan cinta pasangan mempelai ini bersama pihak media dan peminat, sebuah majlis resepsi persandingan akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.Setelah bergelar isteri, Kaka kongsi  video khas yang didedikasikan untuk suaminya dengan caption, From my friend to my everything. So sweet.

 

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist