Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
gaun pengantin fairytale

Gaun Pengantin Amyra Rosli Atau Gaun Anzalna Nasir?

Persandingan seperti di alam kayangan bertemakan Black Glam, Amar Baharin dan Amyra Rosli kelihatan bak putera dan puteri raja. Gaun pengantin yang digayakan Amyra sememangnya bertaraf world class!

gaun pengantin fairytale

Masih ingat lagi dengan gaun pengantin yang digayakan Anzalna ketika persandingannya Februari lalu? Cosmo masih lagi terbayang kehebatan gaun yang menerima pujian sebagai fesyen gaun paling cantik dalam sejarah perkahwinan selebriti Malaysia selepas bertahun dipegang oleh Datuk Siti Nurhaliza.

gaun pengantin fairytale

Tetapi kali ini, gaun pengantin Amyra Rosli mendapat perhatian netizen dan menjadi trending di sosial media! Persandingan Amyra dan Amar yang bertemakan Black Glam itu berlansung dengan meriahnya di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Gaun persis puteri raja yang diselamatkan oleh putera raja (kisah dongeng sangat!) itu kemudian menerima pujian juga kritikan yang membandingkannya dengan gaun Anzalna.

gaun pengantin fairytale

Bagi Cosmo, kedua-dua gaun tersebut ada kelebihan tersendiri. Gaun Anzalna menarik perhatian kerana jarang sekali selebriti tempatan berani cuba mengayakan gaun pengantin berwarna-warni bercorak kelopak daun dan bunga yang besar. Gaun rekaan Cosry yang diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa itu disiapkan menggunakan tiga lapisan fabrik sutera organza berwarna off white dan dusty pink, serta taburan batu permata Swarozski serta beberapa jenis batuan lain.

gaun pengantin fairytale

 

Gaun Amyra pula direka oleh pereka tersohor, Rizman Ruzaini yang berkonsepkan ala Puteri Barbie berwarna coklat berkilauan dipenuhi dengan taburan permata Swarovski dan french lace. Kedua-dua gaun Amyra dan Anzalna adalah contoh rujukan terbaik buat kamu yang impikan gaun persandingan inspirasi fairytale.

Foto: Gaun Anzalna – Instagram.com/mangotouch.  Gaun Amyra Rosli – Instagram.com/amyrarosli

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness