Gangguan Seksual Di Pejabat Yang Menjengkelkan!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
gangguan seksual

Gangguan Seksual Di Pejabat Yang Menjengkelkan!

“Do not touch me!” Jerit sekuat hati kamu jika rakan sekerja lelaki cuba menyentuh tubuh tanpa kerelaan kamu. Sudah tiba masanya untuk melindungi diri.

Gangguan seksual kepada wanita tidak kira secara lisan, perkataan ataupun sentuhan membuatkan seseorang mengalami tekanan dan berasa terhina. Kamu berhak melindungi diri dan tubuh kamu daripada sebarang gangguan yang memberi kesan kepada mental. Cosmo berikan kamu tip dan panduan untuk mengelak daripada gangguan seksual di pejabat.

gangguan seksual

Pakaian Ke Pejabat

Jika alasan lelaki yang menggangu kamu di pejabat kerana pakaian kamu yang seksi, itu semua mengarut! Seksi itu sebenarnya subjektif di mata lelaki dan kamu tetap akan diganggu tidak kira pakaian apa yang disarung ke tubuh. Kamu berhak memakai apa sahaja dan jangan takut untuk bersuara. Jika lelaki tersebut masih mengganggu kamu dengan sentuhan ataupun perkataan lucah, ugutnya untuk laporkan kepada bos kamu. Pastikan kamu berkongsi cerita bersama rakan wanita lain di pejabat sebagai saksi dan support system!

Avoid Him!

Jangan berikan lelaki itu peluang untuk mengganggu kamu. Pulang daripada kerja mengikut waktu dan jika kamu terpaksa stay back, pastikan rakan lain menemani kamu. Jika kamu keluar lunch, pastikan lelaki itu tidak duduk semeja dengan kamu. Dia akan tetap cuba mengganggu secara senyap dengan berikan renungan berahinya. Jika dia duduk berdekatan dengan meja kamu, minta tukar tempat! Kamu ada pepper spray? Semburkan ke mukanya. Kamu berhak melakukannya!

Simpan Bukti

Pemangsa tetap akan mengganggu kerana kamu yang memberinya peluang! Simpan segala mesej lucah ataupun email mengarut yang tiada kaitan dengan kerja. Katakan pada dia yang kamu telah memberitahu rakan perempuan yang lain di pejabat tentang perangai gatalnya itu! Jika dia masih mengganggu kamu, forward segala bukti kepada bos!

Aduan Salah Laku

Menurut akhbar Bernama, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memutuskan mangsa gangguan seksual di pejabat boleh memfaikan saman sivil bagi menuntut ganti rugi terhadap pelaku kerana tindakan salah laku itu tidak boleh diterima.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness