Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Gambar Kempen Menjolok Mata, Kim Kardashian Dikritik Peminat

Setiap hari bagaikan hari baru untuk Kardashian-Jenner mengeluarkan produk kecantikan terbaru.

Jika kamu peminat setia jenama minyak wangi Kim, pasti kamu tahu sudah agak lama sejak dia melancarkan koleksi Valentine’s Day-inspired Candy Hearts. Pelancaran koleksi baru akan tiba tidak lama lagi, dan ia diinspirasikan oleh tubuh seksi Kim sendiri. Seperti yang kamu boleh agak, ia dinamakan KKW Body.

Akan dilancarkan pada 30 April ini, KKW Body bukanlah aroma unisex seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Kim sendiri mengesahkan maklumat ini di Twitter, memberitahu peminatnya bahawa wangian unisex adalah projek lain yang dia sedang jayakan. Wangian KKW Body juga adalah koleksi tunggal yang tidak menjadi sebahagian daripada koleksi Candy Hearts mahu pun Crystal Gardenia.

Teaser pertama KKW Body menunjukkan dua keping foto menggoda, tubuh wanita dilukir diatas pasir. Ini membuatkan sesetengah peminat percaya ia akan menjadi beach-inspired scent, sesuai untuk permulaan cuti musim panas. Melihat Kim yang baru kembali daripada percutian tropika sendiri, the timing seems right.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

COMING SOON 04.30

A post shared by KKW FRAGRANCE (@kkwfragrance) on

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker