Foto Gaun Serta Majlis Persandingan Elfira Loy Dan Faris
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Foto Gaun Serta Majlis Persandingan Elfira Loy Dan Faris

Tahniah buat Elfira Loy yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Faris Khairol Anuar pada pembuka tirai tahun 2019. Persandingan yang diadakan secara tertutup itu berlangsung di sebuah lokasi di Cyberjaya.

Dikatakan baru saja beberapa bulan berkenalan, Elfira sebelum ini memuat naik foto dirinya bersama seorang lelaki misteri pada Ogos tahun lalu. Menerusi kapsyen foto, Elfira memberikan bayangan yang dia sedang mengenali hati lelaki itu yang kemudiannya didedahkan identitinya iaitu Faris.

Elfira sekali lagi mengejutkan peminat apabila melangsungkan pertunangan dengan Faris pada 2 September lalu dan memberitahu akan berkahwin dalam masa terdekat. Tahniah Elfira dan Faris. Semoga bahagia ke akhir hayat.

 

Foto: Elfira Loy, Rizman Ruzaini, Sweet Pictures, Project Two-Pi

Prev1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse