Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Foto Bogel Tersebar – Orlando Bloom Akhirnya Beri Penjelasan!

Foto Orlando Bloom bogel ketika bersantai bersama bekas kekasihnya, Katy Perry di sebuah pulau peribadi tersebar di Internet tahun lalu memang cukup kontroversi!

Foto: Daily News

Apatah lagi paparazzi mendedahkan foto ‘Mr Smile’ Orlando dan perkara itu sangat memalukan. Mungkin isu ini sudah basi tetapi ketika itu Orlando tidak memberikan sebarang respon dan berdiam diri. Sehinggalah dia bersedia bercerita mengenai foto itu bersama sebuah majalah di United Kingdom.

Orlando tersenarai di antara lelaki paling kacak di dunia dan tentu sekali bahagian tubuhnya adalah aset kepada paparazzi untuk melariskan akhbar dan majalah mereka. ‘Mr Smile’ Orlando kelihatan jelas dalam foto tersebut yang ketika itu dia sedang bermain paddleboard bersama Katy.

“Saya tidak akan berbogel ketika bersantai di pantai itu jika mengetahui Paparazzi berjaya merakamkannya”, jelas Orlando yang mengakui dia terkejut selepas foto itu tersebar.

Menurut Orlando, dia bertindak untuk tidak memakai sebarang pakaian kerana memikirkan privasi mungkin selamat di pulau perangin peribadi itu.

“Foto saya telah dirakamkan berjuta kali oleh Paparazzi seluruh dunia, dengan pelbagai aksi spontan dan tanpa kerelaan. Saya tidak menyangka kali ini, mereka berjaya merakamkan foto saya berbogel sedangkan saya dan Katy bersendirian disana selama 5 hari”.

Orlando bagaimanapun tidak mahu memikirkannya kerana dia mahu fokus kepada kerjayanya. Ditambah pula dengan perpisahannya dengan Katy tahun ini.

“Kami cukup dewasa untuk mengawal perpisahan ini. Saya dan Katy masih baik seperti dulu. Begitu juga dengan Miranda Kerr (bekas isterinya), kami masih lagi ibu dan bapa kepada Flynn walaupun tidak lagi bersama sebagai suami isteri”.

Foto: Mirror.co

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness