Formula Terbaik Untuk Kulit Sihat Dan Buat Kamu Rasa Hebat - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Formula Terbaik Untuk Kulit Sihat Dan Buat Kamu Rasa Hebat

Semuanya daripada jenama kosmeseutikal yang menggunakan bahan berasaskan tumbuhan dan formula rendah iritasi yang dirumuskan oleh pakar.

 

Bagi kamu yang sering mengalami masalah kulit seperti keradangan atau jerawat – mengatur semula rutin penjagaan kulit atau lebih teruk, perlu menukar kepada produk baru adakalanya seperti eksperimen sains! Belum tentu lagi rutin atau produk baru ini tidak memberi kamu masalah yang sama. Kerana kulit yang sensitif tidak boleh diperbaiki sepenuhnya (terima kasih kepada pencemaran, tekanan, persekitaran dan juga genetik), THE FACE SHOP menampilkan Dr.Belmeur (kamu boleh anggap dia doktor kulit peribadimu) jenama kosmetik dengan formula Skin-sync Rx™ yang menawarkan penyelesaian kepada masalah kulit biasa, dengan komponen berasaskan tumbuhan yang sama dengan struktur kulit.

Kamu Sensitif atau Sensitised?

Kulit sensitif adalah diwarisi atau genetik. kamu boleh tahu jika kulitmu sensitif atau tidak jika kamu sering kemerahan atau ada alahan dan secara amnya kulitmu lebih nipis.

Kulit yang sensitised sebaliknya adalah apabila kulitmu jadi sensitif bila terdedah kepada sesuatu yang sebelum ini tidak menimbulkan masalah. Ia adalah masalah kulit sementara yang mungkin disebabkan oleh tekanan, tersalah guna produk, perubahan cuaca dan mungkin juga makanan.

 Tak kira kulitmu sensitif sejak azali atau sejak baru-baru ini…
  • Guna produk bebas pewangi dan tidak mengandungi terlalu banyak bahan di dalamnya dan jika boleh pilih yang mampu ‘menenangkan’ atau ‘melegakan’ kulit yang sedang rengsa.
  • Bergantung kepada tahap sensitiviti, bahan aktif seperti  AHA, retinoid dan skrub yang kasar patut dielakkan.
  • Sesetengah bahan pelindung matahari boleh buat kulit  lebih rengsa jadi guna SPF yang mengandungi zink oksida atau titanium oksida.
  • Dan bila kamu ingin mencuba produk baru, lakukan ujian tompok dahulu untuk lihat jika ada apa-apa reaksi.

 Bertenanglah wahai kulit dengan bantuan Dr. Belmeur

Menyasar dua keadaan kulit paling biasa namun juga yang paling merisaukan, THE FACE SHOP Dr.Belmeur menawarkan dua rangkaian penjagaan kulit harian:

DAILY REPAIR Hypoallergenic Daily Moisture Solution

Khusus untuk kulit yang kering dan sesnsitif serta mudah merengsa

 

Kerosakan pada perlindungan halangan kulit penyerapan bahan-bahan berbahaya
Penurunan keupayaan untuk menghasilkan air kehilangan lembapan dalam stratum corneum
Sel kulit hipersensitif kemerahan, masalah kulit

Kandungan bahan  Skin-sync Rx™ di dalam rangkaian Daily Repair adunana Phytosphingosine, Moroheiya dan Birch Tree Water membantu melindungi halangan kulit, memperbaiki penghidratan di dalam halangan kulit dan juga melegakan kulit dengan menambah lembapan.

Terdapat 11 produk di dalam rangkaian Daily Repair yang boleh kamu gunakan mengikut keperluan termasuk 3 langkah asas; Daily Repair Foam Cleanser, Daily Repair Toner & Daily Repair Moisturizer. Perawatan tambahan terdiri daripada Daily Repair Moisturizing Lip Balm, Daily Repair Ato Salt Cream, Daily Repair Cleansing Water dan Daily Repair Soothing Gauze Sheet Mask.

CLARIFYING Hypoallergenic Clarifying Solution

Khusus untuk kulit dengan sebum berlebihan serta liang pori yang tersumbat

 

Genetik, akil baligh, tekanan  sebum yang berlebihan
Hormon, bintik hitam dan putih, hyperkeratosis → liang pori tersumbat
Liang pori diperbesarkan, pigmentasi  cela kulit

Bahan  Skin-sync Rx™ di dalam rangkaian Clarifying termasuklah Beta-Glucan (daripada cendawan), Cendawan Chaga dan Ekstrak Sitrus membantu untuk melembap kulit, melegakan dan mengawal pengeluaran sebum.

Lima produk di dalam rangkaian ini termasuk 3 langkah asas Clarifying Bubble Foam Cleanser, Clarifying Toner, Clarifying Moisture dan dua produk penjagaan tambahan iaitu Clarifying Ampoule serta Clarifying Patch Kit.

Pilihan Terbaik

Dr.Belmeur Daily Repair Ato Salt Cream

Pelembap garam mineral dengan 8% garam laut mati yang membekalkan lembapan mendalam dan melegakan gatal-gatal kulit.

Melembap dan mengukuhkan halangan kulit dengan kandungan garam laut, ekstrak peony, phytosphingosine dan seramida.  Skin-sync Rx™ membantu mengekalkan kesihatan kulit termasuk melembap kulit kering dan menggelupas, melegakan gatal-gatal dan menguatkan pertahanan kulit.

Ia juga dirumuskan tanpa 10 bahan tambahan: paraben, pigmen sintetik, pewangi tiruan, triethanolamine, minyak mineral, benzophenone-3, propylene glycol, ethanol, talkum dan asid benzoic – menjadikan ia pilihan terbaik di kala kulitmu misbehave!

 

 

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru