Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Formula Cinta Jejaka

 

 

21149265_l

 

 

Albert Einstein pernah berkata, ‘guys don’t always add up’. Jadi cuba formula ini untuk selidik sama ada dia layak berada dalam hidupmu atau tidak.

  • Dia panggil kamu ‘engkau’ + ajak kamu keluar lunch sahaja = Kamu dalam zon ‘kawan saja’, sama seperti dia melayan kawannya yang lain.
  • Dia Whatsapp kamu hanya pada waktu tengah malam + Tak pernah belanja kamu makan pun, belanja minum saja = Dia anggap kamu sebagai peneman di kala sunyi saja.
  • Dia ‘check in’ di Facebook dan tag kamu + Update status mengatakan dia sedang berseronok = Dia sengaja mahu buat seseorang cemburu.
  • Dia ambil masa yang lama untuk bersiap, lebih lama daripada kamu + Membebel mengatakan dia menyesal pakai baju itu untuk janji temu kalian dan tak puji langsung penampilan kamu = Dia sebenarnya tak peduli sama ada kamu berada di situ ataupun tidak!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist