Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Foodmatters Malaysia

Foodmatters – Untuk Kamu Yang Kesuntukan Masa!

Kenapa perlu bersusah payah keluar mencari makanan tengahari, sedangkan Foodmatters boleh menghantar makanan ke meja kerja kamu?

Foodmatters Malaysia

Foodmatters tampil dengan misi yang mudah –  menghapuskan persekitaran negatif untuk konsep makanan sihat dengan menjadikannya lebih mudah di akses, harga berpatutan dan semestinya menyelerakan.

Kebanyakan daripada warga kota yang kesuntukan masa dan always on the go, memilih makanan tengahari  yang tinggi kalori, berlemak dan sebenarnya tidak sihat yang tidak membekalkan tenaga yang cukup.

Foodmatters Malaysia

Foodmatters memudahkan urusan pembelian makanan tengahari, dengan hanya satu klik, makanan berkhasiat dihantar terus ke meja pejabat kamu. Foodmatters menawarkan enam pilihan setiap hari (daripada 40 pilihan) dengan makanan penuh nutrisi dan berkhasiat termasuk makanan tempatan, unique fusion meals, makanan Barat dan juga pelbagai pilihan rendah karbohidrat.

Foodmatters Malaysia

Foodmatters juga memberikan info nutrisi dengan kiraan kalori di setiap makanan yang dihantar. Ia dikendalikan oleh pakar nutrisi yang sah dari , American Fitness Professionals and Associates (AFPA), Alexandra Prabaharan.

Harga bermula dari RM11 (termasuk penghantaran), kamu bakal menikmati hidangan yang sihat dan harga berpatutan. Setiap hidangan juga menggunakan resipi hebat dengan herba segar, rempah ratus dan kandungan yang menyihatkan.

Foodmatters Malaysia

Penghantaran dilakukan di lokasi sekitar Kuala Lumpur, Mont Kiara, Bangsar, KL Sentral, Mutiara Damansara dan Damansara Perdana. Malah Foodmatters juga mensasarkan setiap penghantaran hidangan akan tiba tepat pada waktu makan tengahari iaitu 1 pm.

Aplikasi tempahan Foodmatters dan kalender menu dalam taliannya memudahkan pelanggan untuk membuat sebarang tempahan. Foodmatters kini hanya beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Singapura dengan perancangan untuk mengembangkan operasi di lokasi yang lebih luas.

Dapatkan harga promosi intimewa dengan menggunakan kod: FMCosmo sekarang!

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness