Fobia Naik Flight? Ini Cara Terbaik Mengatasinya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
aviophobia

Fobia Naik Flight? Ini Cara Terbaik Mengatasinya

Pernahkah kamu mengalami ketakutan untuk menaiki kapal terbang? Perasaan bimbang yang melampau dan seterusnya menyebabkan kamu panik! Relaks, kamu sebenarnya boleh melawan gejala ini.

aviophobia

Aviophobia adalah satu simptom takut untuk terbang di awan tinggi termasuk menaiki kapal terbang, roller coaster, lif yang tinggi dan sebarang sukan ekstrem yang melibatkan ketinggian. Mereka yang takut untuk menaiki penerbangan selalunya turut mengalami simptom claustrophobia (takut pada tempat sempit dan tertutup) juga acrophobia (takut pada ketinggian). Tidak kira apa jenis fobia, kamu boleh mengatasinya dengan cara melawan perasaan overthinking.

Selepas tragedi MH370 dan MH17, tidak dinafikan ia sedikit sebanyak mengundang ketakutan kepada orang ramai untuk terbang menaiki kapal terbang. Cosmo senaraikan tip terbaik untuk kamu melawan anxiety ini yang boleh menjadi lebih teruk jika tidak dikawal sekarang.

Kenali ketakutan kamu
Ketakutan atau fobia menaiki kapal terbang disebabkan kamu bimbang jika ia terhempas. Kajian menunjukkan kebanyakkan penghidap Aviophobia bimbang jika mengalami serangan panik secara tiba-tiba. Ia juga menyebabkan kamu sukar bernafas dan boleh juga pengsan secara tiba-tiba.

Jika kamu diserang panik ketika penerbangan, tanggalkan tali pinggang, longgarkan baju terutamanya bahagian kolar dan cuba bernafas secara perlahan-lahan. Minta bantuan krew kabin ataupun rakan disebelah kamu. Jangan malu untuk beritahu mereka tentang fobia tersebut. Minum air dan cuba berbual dengan rakan atau alih perhatian dengan menonton filem dan mendengar muzik.

Terapi diri
Buat persediaan sebelum kamu berlepas, ketika di terminal perlepasan. Atur aktiviti yang akan kamu lakukan ketika penerbangan seperti membaca buku berkaitan spiritual, majalah ataupun komik kelakar.

Jika jarak penerbangan memakan masa berjam-jam, elakkan tidur sehari sebelum berlepas supaya kamu boleh tidur di dalam kapal terbang. Selalunya panik berlaku kerana kamu mengira waktu sepanjang penerbangan. Elakkan melihat jam dan cuba dengar muzik yang menenangkan sehingga kamu terlena. Untuk yang beragama Islam, istighfar akan membantu kamu.

Jumpa Doktor
Berjumpa dengan pakar dan mendapatkan rawatan bukan bermakna kamu ‘gila’. Tetapi kamu boleh berbincang dengan doktor lebih lanjut mengenai fobia ini. Kamu juga boleh meminta pil yang dikhaskan untuk menangani masalah fobia menaiki kapal terbang.

Paling penting kamu perlu sentiasa positif dan melawan perasaan takut tersebut. Sentiasa ingatkan rakan kamu tentang fobia ini supaya mereka tahu bagaimana untuk membantu kamu ketika diserang panik. Fakta: Kamu lebih terdedah kepada kemalangan maut ketika berada di darat berbanding di udara. Statistik kemalangan mencatatkan kemalangan udara adalah paling rendah. So, be calm.

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness