Flawless For Raya - Page 3 of 4 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Flawless For Raya

Masih beraya? Empat gaya yang kami tampilkan mungkin memberi ilham kamu melaram bukan sahaja di musim raya tetapi juga bila-bila masa!

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sopan & Segar

Solekan Lina Baharin oleh Youngblood

Untuk kamu yang mahukan solekan yang sempurna tanpa perlu memikirkan konsep itu ini, Cosmo cadangkan solekan seperti yang dihasilkan oleh Youngblood ini. Solekan berasaskan mineral membolehkan kulit bernafas dan memberikan hasil kulit yang sempurna secara menyeluruh.

  • Pilih warna bibir yang lebih terang jika kamu tak berias tebal pada mata.
  • Jika bentuk wajah kamu sama seperti model kami, kecil dan bujur, sebaiknya elak heavy contouring kerang ia buat wajahmu kelihatan lebih kecil. Sebaliknya berikan lebih highlight pada pipi untuk seimbangkannya.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru