Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Succulent Nails

Fesyen Pelik Rias Kuku Yang Menjadi Kegilaan Terbaru

Khas untuk kamu yang suka mewarna dan merias kuku dengan perlbagai warna dan corak. Kamu rasa dah cukup ‘gila’ dengan rekaan ciptaan kamu? Tunggu dulu, cuba lihat fesyen pelik terbaru ini!

Succulent Nails

Succulent nails are in! Kalau kamu suka menanam tumbuhan sukulen dalam pasu sebagai hiasan dalam tandas ataupun rak meja, pernah terfikir ia akan menjadi hiasan kuku? Artis seni dari Australia, Roz Borg tampil dengan idea gila tetapi unik ini.

Succulent Nails

Menerusi temubual bersama The Huffington Post, Roz sebelum ini menggunakan tumbuhan sukulen sebagai hiasan barang kemas ataupun hadiah mini. Tetapi baru-baru ini dia mendapat ilham menggunakan sukulen sebagai rias kuku. Ya, tumbuhan hidup yang meliar di atas kuku jari.

Untuk mendapatkan rekaan yang cantik dan kemas, Roz mencantas sukulen yang kecil dan melekatnya di atas kuku palsu. Kemudian barulah sukulen itu dilekatkan ke kuku asli kamu. Tambah Roz, kuku sukulen ini lebih organik dan tidak perlu menggunakan peluntur pewarna kuku.

Succulent Nails

Terpulang kepada kamu jika mahu mencuba hiasan kuku terbaru ini. Cosmo cadang lakukannya ketika waktu hujung minggu. Bayangkan jika kamu menghias kuku sukulen ini pada hari biasa ketika bekerja. Mungkin rakan sekerja kamu menjerit ketakutan?

Foto: Instagram.com/arozona

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness