Fazura Kembali Dengan Can't Forget Me - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Fazura Kembali Dengan Can't Forget Me

Fazura Kembali Dengan Can’t Forget Me

Women empowerment menjadi tema utama buat Fazura melalui single terbarunya, Can’t Forget Me.

Lagu yang dihasilkan bersama komposer yang berasal dari Amerika Syarikat, Willy Beaman dan Cameron Forbes ini memberi penekanan tentang mencintai diri sendiri dan sentiasa berasa kuat walau apa jua cabaran dan halangan melalui perjalanan hidup seseorang. “Sangat mudah sebenarnya untuk kehilangan diri sendiri ketika menghadapi masalah dan cabaran,” jelas Faz. “Lagu ini diilhamkan oleh ramai wanita-wanita yang saya kenal dan kagum yang masih mampu mencari kekuatan untuk meraikan diri mereka, walaupun mengalami kesakitan dan patah hati yang besar.”
Penyanyi berusia 36 tahun ini tahu betapa sukarnya untuk sentiasa terus positif, terutamanya apabila berurusan dengan begitu banyak perkara. “Sewaktu pertama kali saya menulis lagu ini bersama Cameron, saya mahu lagu ini menyalurkan kekuatan dan rasa pentingnya mencintai diri sendiri melebihi apa-apa, dan bukan memberi tumpuan kepada sakit hati Lagu ini bu kan hanya ditujukan untuk wanita, lagu ini ditulis untuk sesiapa sahaja yang mengalami kesukaran dan saya berharap peminat suka dengan mesej yang terkandung dalam lagu ini sebagaimana saya menyukainya,”katanya. “Terdapat beberapa bahagian lagu yang mungkin kelihatan provokatif, tetapi ia sebenarnya hanya satu peringatan untuk sentiasa mencintai diri sendiri dan mencari kekuatan untuk meneruskan hidup, walaupun pada hari- hari yang kelihatannya mustahil.”
Melodi catchy lagu ini dihasilkan oleh komposer yang sangat berbakat besar iaitu Cameron Forbes, lelaki yang bertanggungjawab menghasilkan lagu Taste nyanyian Tyga. Lagu yang dirakamkan di Los Angeles ini mendapat sentuhan Willy Beaman yang terkenal dengan karyanya untuk Greyson, Nico & Vinz dan Ratu Billboard, Demi Lovato serta Nicki Minaj.
Foto: Universal Music

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist