Fazura Dedah Sikap Sebenar Fattah Amin Di Set Penggambaran
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Fazura Dedah Sikap Sebenar Fattah Amin Di Set Penggambaran

Selepas digosipkan dengan Neelofa, Fattah Amin kini dilihat rapat dengan pelakon cantik, Fazura. Tetapi semua orang tahu keakraban mereka hanyalah demi mencipta keserasian gandingan bersama dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella. 

Fattah sebelum ini dicop sebagai pelakon kayu dan hanya bersandarkan paras rupa. Fazura ketika ditanya hal itu membidas dakwaan tersebut. “Secara jujurnya, ketika hari pertama di set penggambaran kami sama-sama nervous. Memang nampak Fattah gementar, mungkin teringat dengan kritikan yang diterima sebelum ini membuatkan dia terkesan sedikit,” akui Fazura.

Tambah Fazura, sebagai pelakon lebih senior, dia harus memulakan langkah untuk menjadikan keadaan lebih selesa. “Sekarang saya berani mengatakan, Fattah Amin bukan pelakon kayu! Dia berbakat besar cuma mungkin dia takut untuk explore pada mulanya. Bukan mudah untuk mencipta chemistry. Kami banyak luang masa bersama di set, malah hari pertama dia datang berjumpa saya dan meminta untuk lakukan rehearsal,” katanya.

“Fattah, lepas ini kita kena dating,” Fazura menjelaskan dia bukan berniat untuk menggoda Fattah, tetapi lebih kepada mahu mencipta keserasian. Ketika bergandingan dengan Keith Foo dalam filem Langit Cinta, dia juga melakukan kaedah seperti itu untuk membentuk watak sebagai pasangan kekasih.

Star Lebaran 2017. ⭐️ @altelia_amani @far8byalteliaamani | photo by @_msg.co

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Fazura juga percaya yang Fattah akan menjadi pelakon yang lebih baik terutamanya untuk drama Hero Seorang Cinderella yang banyak menguji kredibilitinya. “Memang akan ada pihak yang membandingkan drama ini dengan drama lakonan Fattah bersama Neelofa. Drama ini belum lagi ditayangkan dan mereka sudah mula bercakap benda-benda negatif. Mungkin mereka adalah dikalangan haters,” katanya.

Sementara itu, ada pihak turut mendakwa Fattah kini cuba pula mencipta kontroversi dan menumpang populariti pelakon cantik seperti Fazura. Kemesraan tersebut tentu sekali akan mengundang respon yang banyak daripada peminat fanatiknya. “Saya rasa dia seorang pelakon yang tidak mengejar populariti. Saya sendiri pun tak rasa diri saya popular, jadi tak adil untuk orang kata dia menumpang populariti saya. Fattah mempunyai penyokong yang kuat dan peminat dia sangat sayangkannnya. ABPBH kali ini juga saya ramal dia akan menang beberapa anugerah.”

Dalam perkembangan terbaru, Fazura baru saja melancarkan video klip lagu duet bersama penyanyi R&B popular Filipina, Jason Dy berjudul Nothing Like Pag Ibig. Jason yang juga juara program The Voice Filipina musim kedua itu memuji vokal Fazura. “Ini kali pertama saya berduet dengan artis luar negara. Saya rasa gembira kerana diberi peluang berduet dengan Fazura. Saya pernah tengok program dia sebelum ini dan apabila diberitahu kami akan berduet bersama, saya rasa teruja kerana dia merupakan bintang besar di Malaysia.”

Foto: Instagram.com/missfazura

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness