Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
period pain facts

Fakta Menarik Tentang Haid Yang Kamu Perlu Tahu!

Cosmo senaraikan beberapa fakta menarik mengenai kitaran haid yang perlu kamu tahu. Yang penting, kawal emosi ketika period pain okey!

period pain facts

Gangguan berat badan

Jika lemak tubuh kamu menurun 8-12 %, haid kamu akan berhenti secara mendadak! Ini kerana sel lemak tubuh menyumbang kepada paras estrogen wanita, dan jika hormon ini menurun tubuh kamu berhenti mengeluarkan haid. Elakkan diet ekstrem dan penghidap penyakit anorexic tidak mengalami haid sehingga mereka sembuh kerana kekurangan nutrisi dan lemak.

Simptom mengandung

Waktu beberapa hari sebelum haid adalah waktu subur wanita di mana tubuh sedang membuat persediaan untuk proses hamil. Sebab itu hari pertama haid kamu akan ada simptom yang agak annoying seperti payudara mengeras atau bengkak, bloated dan jerawat yang tumbuh bak juara!

Depresi membahayakan kitaran haid

Simptom tidak datang haid dipanggil amenorrhea. Ini berlaku disebabkan depressi melampau pada mental, emosi ataupun tubuh kamu sendiri. Jika kamu tidak period selama tiga bulan, you should go to see a doctor!

Cramps are not normal!

Percaya atau tidak, kekejangan ketika haid bukan sesuatu yang baik. Ini bermakna kamu mungkin mengalami hormon estrogen yang tinggi atau terlalu banyak ambil gula. Ia mungkin juga disebabkan jangkitan di uterus yang mengundang penyakit seperti fibroid atau cyst. Kadar hidrogen yang tinggi juga menyebabkan jumlah darah haid yang banyak dan punca sakit belakang.

Fakta lain yang perlu kamu tahu:

1. Satu kajian dijalankan di mana wanita yang sedang haid mempunyai bauan berbeza yang membuatkan mereka lebih menarik di mata lelaki. Ada kalanya wanita tampak lebih berseri ketika haid. Tapi kalau emo sepanjang haid, lelaki pun takut nak dekati kamu.

2. Purata setiap wanita normal akan menghabiskan masa selama 10 tahun jika waktu kitaran haid dicampur sepanjang hayat!

3. Kamu tidak akan kehilangan dara jika menggunakan tampon ketika haid! Jangan risau ya. Malah tampon lebih efektif untuk kamu yang sukakan aktiviti seperti berenang dan menyelam.

4. Kamu juga boleh hamil walaupun ketika haid kerana sperma mampu hidup selama seminggu sebelum persenyawaan berlaku.

5. Kitaran haid boleh berlaku selama hampir 28 hari dan ia sebenarnya normal apatah lagi jika kamu berada di lokasi sejuk ataupun musim salji.

Foto: 123rf.com

 

 

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness