Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Fahami Minda Lelaki Metroseksual

Lelaki juga sama seperti kamu bila bercakap bab tubuh. Ayat seperti “Rambut you nampak makin kuranglah,” boleh buat si dia tak tidur malam! Apa sebenarnya dalam fikirannya itu ya…

10243578_l

 

  • Mula perbaiki keadaan fizikal: Kalau diikutkan pada zaman yang lebih open minded ini, lelaki tak kisah untuk perbaiki keadaan tubuhnya, malah menurut Dr Ben, ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak termasuk untuk penjagaan kulit wajah serta merapi tubuh. Kalau tidak, kenapa perlu wujud spa yang khusus buat lelaki jika tiada permintaan? Mereka juga melalui tekanan sama seperti wanita, dan merasakan mereka juga layak untuk sesi memanjakan diri.
    “Bagi lelaki yang dianggap sebagai metrosexual, berat badan berlebihan dan tidak seimbang serta kulit wajah yang tak sihat menjadi satu kerisauan yang amat sangat. Selain untuk menarik perhatian wanita, kesihatan dan penampilan diri yang rapi penting baginya,” katanya. Sudah menjadi sebahagian daripada diri mereka – there’s no way orang perlu tahu mereka tidak ambil berat tentang kesihatan dan menjaga pemakanan mereka.
    “Mereka risau jika tak jaga berat badan dan memiliki kulit bersih, menampakkan diri mereka pengotor pula,” tambahnya.

 

  • Dalam Hati Ada Taman: Dan jika kamu menegur mana-mana rakan lelaki tentang penampilannya – contoh rambutnya yang makin kurang lebat atau perutnya yang tinggal satu pack saja… Awas! Mereka memang akan terasa. Masa inilah egonya akan tercabar dan berkemungkinan besar hatinya rasa kurang senang bila ditegur sedemikian.
    “Teguran daripada wanita berbeza dengan usikan yang datangnya daripada seorang lelaki. Kalau lelaki yang cakap, mereka akan anggap teguran itu sebagai sesuatu yang membina,” kata Dr Ben. Kalau kamu nak katakan sesuatu tentang ‘perubahan’ dirinya, sebaiknya lakukan dengan taktik yang betul.
    Mungkin kamu boleh kaitkan dengan kelemahan dirimu. Contohnya, “I ingat nak mula pergi gim bulan depanlah, nak kempiskan perut yang semakin naik ini. Memandangkan ‘masalah’ kita ni macam serupa saja, apa kata kita buat sama-sama. Nak tak?” Ayat sebegini akan mengelakkan si dia terasa hati dengan kelemahan dirinya.

 

  • Model Much?: Adakah mereka sama seperti wanita, memasang angan-angan untuk menjadi model majalah? Menurut Dr Ben, setiap lelaki mempunyai impian untuk dipandang cantik pada setiap mata yang memandang. “Mungkin tidaklah sampai hendak menjadi model, tapi nak dilihat dan dikagumi serta kelihatan up-to-date. Mereka juga mahu menjadi bahan bualan yang positif di kalangan lelaki juga wanita,” katanya.
    Dan lebih menarik, mereka bukan saja menjaga penampilan untuk dilihat cantik pada pandangan seorang wanita saja, tetapi nak dilihat cantik oleh semua wanita. Sering kalinya, lelaki seperti ini tidak takut teman wanita miliknya dikebas orang kerana dirinya tak menjaga penampilan diri, tetapi mereka mahu memiliki wanita yang jauh lebih baik lagi.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist