Facial Sejuk Beku Untuk Kulit Sensitif - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Facial Sejuk Beku Untuk Kulit Sensitif

‘Kesejukan’ segera melegakan dan menenangkan kulit yang paling sensitif dan pada masa yang sama meremajakan kulit yang kelesuan.

Okey jom pergi facial!

 

Jika kulit kamu sering mengalami ketidakselesaan seperti kekeringan, gatal-gatal, kerengsaan dan kemerahan, kamu mempunyai kulit sensitif. Pendedahan yang berpanjangan kepada sinaran UV, keadaan cuaca yang buruk seperti pencemaran dan penggunaan produk yang tidak sesuai boleh menjadi punca. Memperkenalkan Astute Clinic CryoFacial, a medical facial untuk kamu yang mempunyai kulit sensitif, menggunakan terapi sejuk menggunakan teknik elektroforesis sejuk atau iontophoresis untuk menyampaikan serum dan vitamin yang mencerahkan ke dalam kulit untuk membantu pertumbuhan semula kulit yang cepat dan mengurangkan kemerahan. Hasilnya adalah kulit yang lebih cerah dan sangat lembut apabila disentuh. Dr. Jason Yip dari Astute Clinic menerangkannya dengan lebih lanjut…

 

Q: CryoFacial sesuai untuk siapa?

A: Ia sesuai untuk kebanyakan jenis kulit terutamanya mereka yang merasakan kulit mereka kusam, tak bermaya, keletihan dan sensitif.

 

Q: Bagaimana ia sesuai untuk kulit sensitif sedangkan selalunya kulit yang sensitif akan lebih merengsa dengan suhu yang terlalu sejuk?

A: It is a good point. Selalunya orang akan naik ruam kerana terlalu sejuk tetapi selalunya ia sementara dan cepat surut. Namun sejuk itu bermanfaat kepada sel-sel tubuh berbanding haba. Di dalam suhu yang terlalu panas, sel-sel atau protein boleh rosak dan menyebabkan keradangan dan kecelaan. Contohnya, bagi individu yang mengalami melasma atau rosacea, apa jua bentuk haba atau keradangan yang dideahkan pada kulit akan menyebabkan ia lebih meradang. Sebaliknya untuk Cryo dengan terapi sejuknya; ia menenangkan keadaan itu terutamanya melasma dan rosacea.

Selain itu, terapi sejuk diketahui dapat melambat penuaan sel. Sesetengah saintis menggunakan cryofreeze untuk memelihara sel-sel serta tisu kulit yang penting. Sel kita lebihmudah rosak akibat haba bukan sejuk.

 

Q: Adakah CryoFacial sama dengan Cryotherapy untuk bakar lemak dan merawat otot?

A: Apa yang sama adalah is juga terapi sejuk tetapi mode tindakan dan juga tisu sasarannya adalah berbeza.

 

Q: Mengapa ia dipanggil medical facial?

A: Di Astute, medical facials kami dilakukan menggunakan mesin medikal yang diimport dan hanya boleh ditemui di klinik-klinik sahaja. Serum yang digunakan adalah serum berubat iaitu agen penghidratan dan pencerahan khusus.

 

Q: Adakah CryoFacial untuk semua jenis kulit?

A: Ia sesuai untuk kebanyakan jenis kulit terutamanya yang kering dan sensitif tetapi tidak sesuai untuk kulit berjerawat.

 

Q: Banyak terapi haba yang diketahui dapat membantu menganjalkan dan merawat kulit, bagaimana terapi sejuk lebih baik daripada terapi haba?

A: Terapi haba bagus untuk menganjal dan mengetatkan kulit tetapi ia tidak menenangkan atau menghidrat kulit yang sensitif. Secara amnya, terapi haba bertindak dengan ‘merosakkan’ kolagen lama untuk merangsang kolagen baru. Bagi individu yang kulitnya sedia sensitif dan merengsa, terapi haba tidak sesuai untuknya malah boleh meningkatkan sensitif. Sebaliknya, terapi sejuk diketahui untuk manfaat menenangkan kulit yang merengsa. Di Astute, selepas laser yang intense di mana banyak tenaga haba digunakan, kami akan memakaikan pupur penghidratan yang sejuk untuk melegakan kulit pesakit. Ia akan menurutkan kemerahan dengan cepat.

 

Q: Berapa lama kesan CryoFacial ini bertahan?

A: Kesan setiap CryoFacial bertahan antara dua hingga empat minggu. Ia berbeza bagi setiap orang bergantung kepada penjagaan kulit selepasnya.

 

Q: Adakah hasilnya boleh dilihat segera?

A: Sebaik selepas facial, kulit kelihatan lebih cerah. Selepas dua ke tiga hari, kesan ini akan lebih jelas dengan pembaikan pada tekstur kulit.

 

Q: Apakah do’s and don’ts selepas CryoFacial?

A: Guna pelembap, rehat dan tidur secukupnya untuk pemulihan dan pembaharuan kulit. Jangan keluar rumah tanpa perlindungan UV. Elak berjemur atau beraktiviti di bawah terik mentari, elak menggunakan perawatan kulit yang menghakis contohnya gajet berus pembersih wajah, toners, peeling and exfoliation agents seperti AHAs dan BHAs.

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru