Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
epal merah vs epal hijau

Epal Merah Atau Epal Hijau, Mana Satu Lebih Baik?

An apple a day, keeps the acne at bay/keeps the doctor away. Yup it is true! Tetapi yang menjadi persoalannya, epal hijau atau merah. Mana yang lebih baik?

epal merah vs epal hijau

Epal adalah buah paling popular dan penuh dengan nutrisi yang baik untuk kulit dan tubuh. Kaya dengan serat, antioksida dan Vitamin C, epal antara buah terbaik untuk diet. Ia buatkan kamu kenyang dan mengandungi kalori yang rendah.

Menurut laporan kesihatan daripada Amerika Syarikat, satu cawan epal hijau mengandungi 14 gram kabohidrat manakala epal merah, 15 gram kabohidrat. Tidak banyak beza dan pakar diet mengesyorkan untuk kamu mengambil 45% kalori daripada kabohidrat.

Kandungan Gula

Epal terkenal dengan khasiat yang mampu melawan penyakit diabetis. Tetapi jika dikira daripada jumlah kandungan gula, epal hijau lebih selamat untuk penghidap diabetis. Epal merah mengandungi kandungan gula (yang asli dan selamat, tidak seperti gula untuk minuman) yang lebih manis dan tidak masam. Bagaimanapun, kandungan gula dan epal tidak mengandungi kalori seperti gula yang diproses.

Merah VS Hijau

Epal hijau terbukti megandungi lebih banyak nutrisi terutamanya di bahagian kulit. Tidak kisah merah atau hijau, kamu disarankan untuk tidak memarut kulitnya sebelum makan. Kedua-duanya berkhasiat apatah lagi jika kamu memilih yang organik.

Apa yang penting, kamu tidak digalakkan makan epal melebihi enam biji sehari kerana kadar gula dalam tubuh akan meningkat. Jangan sesekali mengamalkan diet yang hanya makan epal setiap hari tanpa mengambil makanan lain. Cukup hanya satu-dua biji sehari.

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness