Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Emporio Armani ‘You’: Selami Rahsia Power Couple Malaysia #TogetherStronger

Jika ada sesuatu yang mahu dipelajari daripada kisah cinta paling indah pernah tercipta ialah bila mana satu-satu pasangan itu tidak pernah menetapkan sebarang peraturan. Malah, semuanya tercipta secara bersahaja sepanjang kembara cinta mereka.

Cinta tanpa peraturan itu terbentuk daripada sokongan, kepercayaan dan komitmen, dan pastinya ia memerlukan pengorbanan dalam memastikan kestabilan dan keseimbangan dalam perhubungan- namun pastinya tiada jalan singkat.

Ikrar janji kedua belah pihak dalam perhubungan diperlukan agar ia terjalin bahagia, dan haruman terbaru Emporio Armani menyerlahkan takrifan perhubungan ini. ‘Stronger With You’, untuk lelaki, manakala ‘Because It’s You’, untuk perempuan menterjemahkan idea bagaimana pasangan mampu mencabar antara satu sama lain dalam segenap aspek hidup mereka, sama ada pada waktu suka mahupun duka.

Cinta yang membuatkan kamu menjadi lebih kuat adalah cinta yang mendorong anda menggapai impian dan cita-cita, biarpun kamu berasakan mustahil untuk direalisasikan. Intipati haruman ini bagaikan ikrar dua jiwa yang akan sentiasa bersama saat sihat mahupun sebaliknya.

Emporio Armani Because It's You for Her (100ml), RM398

Emporio Armani Stronger With You for Him (100ml), RM338

‘Stronger With You’ diramu dengan aroma rempah nan seksi seperti Cardamom, Pink Peppercorn dan Violet Leaves; ia seiring dengan ‘Because It’s You’, yang menerbitkan rasa segar hasil nota feminin lagi lembut seperti Ripe Raspberry dan Neroli.

Dalam bicara cinta ini, kami menemu bual power couple Malaysia; Sharifah Sakinah dan Aliff Adha, Marianne Tan dan Jared Lee, Izara Aishah dan Adib Khalid berkongsi bagaimana mereka cuba mencuri masa untuk bersama-sama di sebalik kesibukan masing-masing. Kamu pasti terkejut bagaimana hubungan mereka kekal indah berbekalkan satu trik mudah!

Tonton video ini dan saksikan bagaimana mereka #TogetherStronger.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness