Emma Maembong Reka Tudung Guna Hasil Lukisan Sendiri
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Emma Maembong Reka Tudung Guna Hasil Lukisan Sendiri

Dalam ramai-ramai selebriti yang mengeluarkan rekaan hijab sendiri, Emma Maembong tampil dengan idea yang unik. Rekaan rangkaian fesyen hijab EmmaRTW dihasilkan dengan hasil lukisan tangan Emma sendiri!

Emma memang mempunyai minat melukis, bakat yang diwarisi daripada ayahnya, Ismail Maembong. Tambah Emma, ketika kecil dulu dia sering menemani ayahnya dan melukis bersama sehingga lewat malam.

Jadi, untuk rekaan hijabnya, Emma menggunakan bakatnya dengan melukis sendiri corak yang bermotifkan organik, flora dan fauna.

 

Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, Emma memperkenalkan koleksi terbaru iaitu #mysketchbookshawl oleh Emma Maembong. Karya-karya dalam edisi #mysketchbookshawl ini menggunakan digital printing hasil lukisan Emma dalam buku lakaran peribadinya.

Foto: Instagram.com/emmartw

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness