Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
gegar vaganza elly mazlein

Elly Mazlein Terima Sokongan Daripada Wanita Teraniaya

Kesemua lagu tugasan yang diberikan kepada Elly Mazlein seperti berkait rapat dengan kisah hidupnya. Selepas menyanyikan lagu sendiri, Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Elly menyanyikan lagu Ziana Zain, Berpisah Jua. Untuk minggu ketiga pula Elly buat pertama kalinya akan menyanyikan lagu dangdut berjudul Perawan Atau Janda. Kebetulan? Hmm…

gegar vaganza elly mazlein

Elly melalui momen yang mencabar beberapa minggu sebelum konsert pertama Gegar Vaganza 2016 bermula. Dari kisah penceraiannya, pergaduhan di antara Faye Kusairi dan pendedahan kisah rumah tangganya daripada bekas suami – pedih tetapi satu publisiti buat Elly sebagai peserta Gegar Vaganza musim ini. Good or bad, its still a publicity.

Menerusi interview bersama Astro Gempak, Elly bagaimanapun memandang positif kepada lagu tugasan yang diberikan. “GV3 merupakan sebuah pertandingan. Saya merupakan seorang penyanyi dan harus bersikap profesional. Saya menerima lagu tugasan tersebut dengan hati terbuka,” katanya. Tambah Elly dia tidak boleh terlalu sensitif kerana sebagai penyanyi berpengalaman dia kena bersikap profesional.

Bercerita mengenai kisah rumah tangganya, Elly yang sebelum ini mendakwa pelakon Faye Kusairi menjalin hubungan cinta dengan bekas suaminya ketika mereka masih suami isteri. Kemudian bekas suami Elly yang juga pengarah drama, Azmi Hatta tampil membuat sidang media dan menjelaskan segala-galanya. Kononnya Elly seorang kaki cemburu buta dan pernah memukulnya ketika di set penggambaran.

Kisah penceraian penuh drama ini mendapat perhatian dan nampaknya ramai pihak termasuk media dan peminat menyebelahi Elly. Selepas sidang media oleh Azmi, Elly kemudian nekad untuk tidak membicarakan hal tersebut ataupun memberikan sebarang kenyataan serang balas di media sosial. Atas permintaan keluarga dan peminat, Elly sekarang mahu fokus sepenuhnya dengan persembahan di Gegar Vaganza. Baguslah… Apapun Elly mendapat sokongan penuh daripada pengikut di Instagramnya dan rata-rata wanita yang teraniaya berkongsi pengalaman sama di ruangan komen. All the best buat Elly Mazlein untuk persembahan minggu ketiga nanti.

Foto: Instagram.com/iamellymazlein

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness