Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
elly mazlein tersingkir

Elly Mazlein Patah Semangat Kerana Datuk Ramli MS

Penyingkiran Elly Mazlein di minggu keempat Gegar Vaganza 2016 mengundang kemarahan peminat! Elly pula mendakwa menarik diri selepas terasa hati dengan komen daripada juri tetap.

elly mazlein tersingkir

Foto: Astro Gempak

Ketika sesi mengumumkan lagu yang akan dinyanyikan oleh peserta untuk minggu kelima, kelibat Elly juga Siti Sarah tidak kelihatan. Ia menimbulkan pertanyaan di mana mereka berdua ketika itu. Tetapi Elly muncul di atas pentas selepas hampir separuh daripada peserta layak ke minggu kelima telah diumumkan.

Siti Sarah difahamkan tidak muncul di atas pentas kerana masalah kesihatan, manakala Elly pula dilaporkan berada di belakang pentas bersama pihak produksi. Elly memutuskan untuk menarik diri selepas selesai membuat persembahan duet bersama Acong untuk lagu Jangan Menangis Sayang. 

Penarikan diri itu dibuat selepas Elly terasa hati dengan komen pedas daripada juri tetap, Datuk Ramli MS. Selepas membuat persembahan, Datuk Ramli memberi pujian kepada Elly yang disifatkan sebagai penyanyi yang pandai menjiwai lagu namun dari segi teknik vokal, Elly dianggap teruk.

Menerusi BH Online, Elly berkata dia hilang kekuatan dan semangat untuk terus berjuang selepas menerima komen daripada Datuk Ramli MS. “Komen Ramli yang menyatakan terpulang dengan belas ihsan Astro sama ada saya mampu bertahan atau tidak, sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik diri. Kenyataan itu seolah-olah mengiyakan pendapat netizen yang mendakwa saya bertahan dalam program ini berdasarkan simpati semata-mata,” luah Elly.

Sementara itu pihak Astro Ria menjelaskan yang minggu persembahan duet sememangnya ada penyingkiran dan jika Elly tidak menarik diri pun, dia tetap tersingkir selepas mendapat markah terendah, 74.4 iaitu kurang 0.2 markah berbanding Siti Sarah yang mendapat 74.6 markah. Datuk Ramli MS setakat ini masih belum memberikan sebarang kenyataan balas dan penyingkiran Elly menjadi trending selepas peminat juga netizen tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness