Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Eliksir Air dan Lemon Untuk Tubuh Kamu

Semakin ramai orang mulakan hari mereka dengan air suam bersama lemon berbanding kopi atau teh. Tidak dinafikan apa-apa yang dicampurkan bersama lemon amat sedap, tapi adakah dengan menambahkannya ke dalam air boleh membuatkan kamu lebih sihat?

Foto: 123rf.com

Terdapat banyak kajian membuktikan bahawa air yang dicampurkan bersama lemon mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh. Tidak kira umur, jantina atau tahap kesihatan, ia boleh diminum dan diamalkan oleh semua. Cosmo kongsikan antara kebaikan air bersama lemon untuk kesihatan tubuh.

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

6) Ia mengelakkan penyakit batu karang

Asid sitrik dalam lemon boleh bantu mengelakkan batu kalsium ginjal. Ramai doktor dan pakar nutrisi menyarankan untuk meningkatkan pengambilan asid sitrik bagi mengurangkan risiko mendapatkan batu kalsium baru. Minum air bersama lemon bukan saja bantu kamu dapatkan lebih banyak asid sitrik, tapi kandungan air yang kamu perlukan untuk cegah batu karang. Minum setengah cawan jus lemon bersamaan dengan kandungan asid sitrik di dalam ubatan farmasi.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert