Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Eliksir Air dan Lemon Untuk Tubuh Kamu

Semakin ramai orang mulakan hari mereka dengan air suam bersama lemon berbanding kopi atau teh. Tidak dinafikan apa-apa yang dicampurkan bersama lemon amat sedap, tapi adakah dengan menambahkannya ke dalam air boleh membuatkan kamu lebih sihat?

Foto: 123rf.com

Terdapat banyak kajian membuktikan bahawa air yang dicampurkan bersama lemon mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh. Tidak kira umur, jantina atau tahap kesihatan, ia boleh diminum dan diamalkan oleh semua. Cosmo kongsikan antara kebaikan air bersama lemon untuk kesihatan tubuh.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

2) Sumber Vitamin C yang hebat

Buah sitrus seperti lemon kaya dengan Vitamin C. Ia merupakan antioksidan utama yang membantu melindungi sel-sel daripada radikal bebas. Vitamin C boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok, serta tekanan darah rendah. Kajian menunjukkan mereka yang kurang kandungan Vitamin C terutamanya lelaki obese dengan tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat strok. Vitamin C juga boleh bantu cegah ataupun hadkan tempoh selesema biasa. Walaupun lemon bukanlah buah sitrus paling tinggi kandungan Vitamin C, ia masih sumber yang bagus dan berikan kebaikan untuk tubuhmu. Suku cawan jus lemon berikan 23.6 gram Vitamin C – lebih 30 peratus untuk recommended daily allowance (RDA).

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert