Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Elakkan 6 Tabiat Ini Di Tempat Kerja

Elakkan 6 Tabiat Ini Di Tempat Kerja

Ada sesetengah amalan yang kamu buat dengan rakan sekerja mungkin boleh menjejaskan reputasi kamu! Ini antaranya…

 

1. Makan Tengah Hari Dengan Orang Yang Sama

Keluar waktu rehat dengan teman sekerja sememangnya satu cara baik untuk merapatkan hubungan , tapi kamu akan kelihatan suka memulau orang lain dan suka bergosip. Secara semula jadi orang akan anggap kamu dan geng suka mengumpat hal kerja. Apa kata ubah ‘gayamu’ – keluar dengan orang berbeza atau buat hal sendiri. Kamu akan nampak berdikari, lebih secure dan tak nampak seperti budak sekolah.

 

2. Bersolek Di Meja Kerja

Silalah solek wajah dan dandan rambut sebelum ke tempat kerja ya. Menyikat rambut atau menyapu bedak di meja kerja akan buat kamu kelihatan seakan-akan lebih mengambil berat mengenai penampilan berbanding tugasan.

 

3. Datang Kerja Tapi Sakit

Bayangkan muncul dengan muka pucat dan berpenyakit ketika mesyuarat, adakah kamu akan nampak seperti pekerja cemerlang? Tidak. Kamu akan nampak seperti tak ambil berat. Kerana kamu boleh menjangkiti orang lain, dan tak pasal-pasal dibenci pula. Kalau perlu ambil cuti sakit, silalah.

 

4. Menangis

Jika kamu rasa sebak semacam selepas perbincangan yang berat atau gagal memperoleh projek, minta diri ke bilik air atau keluar sekejap, dan biarlah air mata itu mengalir. Jangan tunjuk pada semua orang! Takut nanti bos teragak-agak nak berikan tanggungjawab besar kepadamu di masa akan datang.

 

5. Layan Facebook/Instagram

Adakah kamu akan benarkan teman-teman datang ke pejabat untuk bersembang kosong? Tentu tidak, jadi pastikan mereka tidak ‘muncul’ di skrin kamu juga. Dan jangan sangka kamu boleh mengelat dengan update atau post story menggunakan telefon peribadi. Petunjuk waktu akan dedahkan perbuatanmu itu dan jika rakan sekerja nampak kamu update sesuatu pada masa bekerja, mereka akan rasa kamu tak komited dengan kerja.

 

6. Masuk Lewat

Jika ia berlaku lebih daripada sekali, bos akan mula rasa kamu tak boleh diharap dan tak bertanggungjawab. Rendah peluang kamu untuk naik pangkat atau gaji!

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor