Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Elak Katakan 5 Ayat Ini Kepada Teman Lelaki Kamu

Memburukkan ibu teman lelaki, mengungkit kisah dengan bekas teman wanitanya serta berperangai biadab antara perkara yang perlu kamu jauhi kerana ia boleh buat si dia tawar hati denganmu. Berikut antara ayat lain yang perlu dielakkan.

Foto: Shutterstock.com

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. “Tadi Nora beritahu I rahsia dia. I dah janji tak boleh beritahu sesiapa, tapi…”

Tak dinafikan, berkongsi rahsia dengan si dia boleh merapatkan perhubungan kamu berdua. Secara tak langsung ia membuktikan kamu percayakannya. Tapi bagi sesetengah lelaki, mereka mungkin menganggap kamu kaki gosip. Bukan itu saja, akan timbul soal kepercayaan satu hari nanti. Namun jika kamu perlukan seseorang untuk berkongsi terutama dengan si dia, mulakan dengan, “I nak beritahu you sesuatu sebab hanya you yang I percaya boleh simpan rahsia ni.” Ini bukan saja menunjukkan kamu hormati permintaan teman kamu malah menjadikan si dia sebahagian daripada rahsia ini, bukan kawan bergosip.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor