Elak Katakan 5 Ayat Ini Kepada Teman Lelaki Kamu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Elak Katakan 5 Ayat Ini Kepada Teman Lelaki Kamu

Memburukkan ibu teman lelaki, mengungkit kisah dengan bekas teman wanitanya serta berperangai biadab antara perkara yang perlu kamu jauhi kerana ia boleh buat si dia tawar hati denganmu. Berikut antara ayat lain yang perlu dielakkan.

Foto: Shutterstock.com

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. “You ada duit ke nak beli rumah?”

Kebanyakan lelaki memang terikat dengan tanggungjawab dan bebanan kewangan yang tinggi. Mengkritik cara dia menguruskan hal kewangannya sama seperti memanggilnya ‘loser’. Jika kamu sudah kahwin, cuba bincang dengan cara baik bagaimana hendak berkongsi untuk membeli sesuatu aset atau pelaburan bersama. Kalau masih di peringkat ‘dating’, apa saja yang dia beli atau lakukan is generally none of your business. Kalau kamu rasa dia seorang yang boros, it’s about time kamu fikirkan adakah dia lelaki yang tepat buat kamu.  

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor