Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Elak Jadi Mangsa Kecurian Identiti Ketika Melancong

Bukan bertujuan nak burst your bubble untuk pergi bergembira. Ada baiknya kamu tahu cara ‘tepis’ jadi mangsa kecurian identiti sewaktu kamu sedang bercuti.

Foto: Shutterstock.com

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jom lindungi gajet pula!

Cosmo kongsikan tip berguna agar kamu boleh pastikan yang gajet kesayangan sentiasa dalam keadaan selamat.

♥ Disebabkan kamu sentiasa berada di luar dan mungkin sukar nak cari power point, kenalah berjaga agar bateri telefon bimbit, contohnya, tak ‘mati’ cepat. Pastikan kamu tutup aplikasi yang sedang ‘bermain’ di latar untuk dapatkan jangka hayat lebih lama. Juga, disable Bluetooth dan menutup pencarian wifi dan GPS akan save lebih banyak hayat bateri.

♥ Melancong ke pantai memanglah best, tapi awas kerana pasir dan gajet tak wajar ‘bersama.’ Gunakan penutup anti-habuk untuk melindungi sebarang tempat terbuka pada alat kamu bila sedang bersantai. Takpun, gunakan headphone tanpa wayar bila menikmati lagu di kala kamu berjemur di pantai.

♥ Melancong dengan menaiki pesawat? Lebih baik bawa sekali gajet kamu itu dalam beg carry-on. Sebaiknya, back-up semua informasi ke dalam external hard drive atau perkhidmatan data maya seperti iCloud (untuk Apple).

♥ Jika boleh, tetapkan kata kekunci untuk semua alatan yang kamu bawa. Perlindungan tambahan ini perlu, manalah tahu jika ada cubaan untuk mencuri informasi kamu jika alat kamu itu dicuri.

♥ Kalau mahu gajet kamu itu nampak brand new, gunakan tisu pembersih anti-bakteria atau gunakan bebola kapas yang diletakkan sedikit alkohol. Berkesan!

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor