Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Elak Jadi Mangsa Kecurian Identiti Ketika Melancong

Bukan bertujuan nak burst your bubble untuk pergi bergembira. Ada baiknya kamu tahu cara ‘tepis’ jadi mangsa kecurian identiti sewaktu kamu sedang bercuti.

Foto: Shutterstock.com

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tick off senarai hati-hati berikut, risiko nak jadi mangsa pun akan menipis. Yes!

Ya kamu excited nak pergi bercuti dan sudah menjadi kebiasaan untuk umumkan segala gerak-geri di laman web sosial kamu itu. Sebenarnya, risiko untuk kejadian tak diingini berlaku akan lebih tinggi. Ini kerana rumah kamu akan diketahui kosong, itu saja membuka peluang untuk sesiapa saja yang berniat untuk pecah masuk rumahmu. Dan elak gunakan aplikasi yang boleh mendedahkan lokasi kamu di media sosial.

Kunci peti surat rumahmu untuk mengelak sesiapa daripada mencuri surat penting dan sulit milikmu. Dalam surat terbabit termasuk daripada bank atau peguam mungkin ada butiran diri yang tak wajar diketahui sesiapa. Sebaiknya, minta bantuan jiran yang dipercayai atau minta adik kamu datang ke rumah untuk kosongkan peti surat untukmu okey.

Semasa pergi bersiar-siar di negara atau tempat yang kamu kunjungi itu, tak perlu nak bawa dompet yang sarat dengan pelbagai jenis kad itu. Kebanyakannya kamu tak perlu nak guna pun, sebagai contoh kad ahli perpustakaan. Kalau ke luar negara dan tak memandu, lesen pun kamu tak perlu bawa bersama.

Lebih bagus jika kamu tak meletakkan nama dan alamat penuh pada tag bagasi. Cukup sekadar meletak nama singkatan dan nombor telefon bimbit.

Sebaik tiba ke destinasi, koyak dan buang boarding pass penerbangan. Kerana di situ biasanya ada nama penuh dan informasi peribadi yang lain. Jangan dibiar atau ditinggalkan dalam pesawat atau di bilik hotel ya.

Jika kamu perlu membawa tablet atau laptop ke tempat kamu kunjungi itu, elak menggunakan wifi hotspots untuk mengakses akaun bank terutamanya, kerana jaringan ‘percuma’ itu mungkin tak selamat digunakan. Penjenayah siber mungkin telah meletakkan ‘jerat’ untuk memperoleh maklumat seperti nombor akaun dan kata kekunci, sudah tentu mereka boleh bawa keluar duitmu dengan semudah satu klik.

Lebih selamat kalau kamu activate penggunaan kad kredit dan debit untuk tempoh terhad (jangka waktu kamu bercuti itu) terutama bila melancong ke luar negara. Ia bagi mengelak sebarang transaksi di luar negara selepas tempoh kamu bercuti jika kad kamu itu diklon penjenayah.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor