Elak Cetuskan Pencemaran - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Elak Cetuskan Pencemaran

 

Pencemaran kini bukan hanya merujuk kepada kepulan asap yang boleh kamu nampak di jalan raya mahupun di udara saja ya. Beberapa perkara kecil yang kamu selalu lakukan ini pun dikira pencemaran kepada orang sekeliling juga…

 

56176843_m

 

Bunyi Bising

Ingat ya, bukan semua orang minat lagu atau genre muzik yang sama dengan kamu. Kalau kamu berniat nak cari musuh, maka pasanglah muzik sekuat-kuatnya… Tapi jika tidak, masih belum terlambat untuk kamu pakai headset di telinga. Sekurang-kurangnya kamu boleh layan muzik dengan tenang dan orang sekeliling pun tak sakit hati (dan telinga).

 

Tisu Bersepah

Cosmo faham kamu perlukan tisu yang banyak bila selesema, tapi elak ia bersepah di atas meja. Bukan saja nampak kotor, ia juga mungkin boleh menyebarkan kuman kepada rakan sepejabat yang datang ke tempatmu. Sebaiknya gantikan tisu dengan sapu tangan. Selain tidak mengganggu pemandangan, ia juga menunjukkan komitmen kamu kepada eco living.

 

Kasut Berbau

Agar sepatu kamu tak mengganggu deria bau orang lain, bersihkanlah secara rutin sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Sebelum simpan kembali ke dalam kotak, angin-anginkan sedikit di tempat terbuka ya. Tapi yang paling penting, rawatlah kaki kamu setiap minggu lebih-lebih lagi jika kamu memang ada masalah kaki berbau.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor