Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Elak Beri 5 Komen Negatif Ini Secara Terbuka

Mungkin ramai tak menyedari kata-kata boleh mengubah pandangan seseorang terhadap kamu. Seperti kata pepatah, ‘Kerana mulut, badan binasa’, percakapan pun ada adabnya. Cosmo senaraikan komen negatif yang perlu kamu elak dalam perbualan harian.

1. “Bila nak kahwin” atau “Bila nak ada anak?”

Soal jodoh atau rezeki di tangan Tuhan. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang sudah tertulis dalam hidup mereka. Mungkin teman kamu sebenarnya menghadapi masalah kesihatan yang malu hendak diceritakan atau urusan peribadi yang sulit hendak dibicarakan. Jika kamu seorang teman yang baik, tanya khabar dan ajaknya untuk makan malam atau minum petang berdua saja. Mana tau, dia sendiri yang akan luahkannya pada kamu.

 

2. “Eh, seksinya!”

Ya, mungkin teman kamu berpakaian terlalu mendedahkan tapi ada caranya untuk menegur. Kamu bukan saja boleh menjatuhkan air mukanya malah menyebabkan rasa kurang senang di kemudian hari. Berilah nasihat seperti, “Mungkin baju ni kurang sesuai” atau “You nampak lebih cantik kalau material ni panjang sikit.”

 

3. “Badan you dah berisilah” atau “Kurusnya!”

“Weight is a dirty word – period!,” kata Dr Lillian Glass, pakar bahasa badan dan penulis The Body Language Advantage. Walaupun niat kamu untuk memuji, kata-kata ni boleh menyebabkan kekeliruan atau menyakiti hati mereka nanti. Siapa tahu, dia sebenarnya kurus atau berisi disebabkan putus cinta atau depresi? Sebaliknya beritahu, “You look wonderful!” atau jika kamu rasa berat badannya turun atau naik mendadak cuba ayat seperti, “I perasan you nampak kurus/berisi sikit lately. Ada apa-apa yang you nak kongsi?”.

 

4. “Sampai hati you tak beritahu [you ada kereta/kerja/boyfriend baru].”

Tak salah kalau nak terasa bila teman baik kamu tak berkongsi berita gembiranya tapi dengan beri respons atau marah-marah di Facebook atau Twitter adalah big no-no. Mungkin dia ada alasan tersendiri yang tiada kena-mengena dengan kamu. Seeloknya, bila dengar berita baik katakan, “I’m so happy for you.” Jika dia masih enggan berkongsi apa-apa pun dengan kamu, cubalah berbincang dengannya. Mungkin sebelum ini kamu pernah ‘terlepas’ rahsianya pada orang lain atau langsung tak teruja bila dengar beritanya. Cuba atasinya dulu sebelum ‘mengamuk’ tak tentu fasal.

 

5. “Simplenya majlis kahwin you!” atau “Masa pregnant dulu, berat badan I mantain je.”

Walaupun kamu tak berniat untuk menjatuhkan air mukanya, pemerhatian kamu kadangkala boleh jadi kejam. Sebelum kamu bercakap, periksa dulu motifnya. Mungkin dia tak mahu membazir atau belajar daripada pengalaman ketika kamu kahwin dulu. Cuba pendekatan seperti, “You nak fikir dulu sebelum tempah kek ni?” atau “You risau kalau badan naik bila masuk trimester kedua?” Bila motifnya jelas, kamu boleh luahkan perasaan kamu tanpa sounding so snarky.

 

Foto: Atlas

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor