Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

DUKUN – Bila Umie Aida Mula Jilat Dinding…

Pelakon yang bagus adalah pelakon yang berjaya membuatkan penonton percaya dengan watak yang dilakonkan sehingga terlupa yang dia hanyalah berlakon. Datin Paduka Umie Aida adalah pelakon seperti itu.

Diperap terlalu lama, sejak tahun 2006, penantian untuk tayangan filem DUKUN akhirnya dilepaskan tahun ini selepas 12 tahun. Tidak kisah apa kontroversi ataupun spekulasi disebaliknya, DUKUN berjaya menarik perhatian masyarakat termasuk golongan milenial yang 12 tahun lalu mungkin tidak kisah dengan kewujudan filem ini.

Diarahkan oleh Dain Said dengan kos RM 2.8 juta, DUKUN menampilkan Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana dan Adlin Aman Ramlie. Beberapa hari sebelum DUKUN mengesahkan tarikh tayangan, netizen dikejutkan dengan video wanita berkebaya merah melalui jalan gelap yang viral di laman sosial.

Menggunakan tagline "Akhirnya Kita Bertemu", penayangan DUKUN di saat ini sangat tepat apatah lagi ia telah lama diperkatakan sejak beberapa tahun lalu. Walaupun ia dikaitkan dengan kes pembunuhan membabitkan Mona Fandey, namun bagi Cosmo ia terlalu subjektif tetapi tidak menolak diinspirasikan daripada kisah berkenaan.

3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness