Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
'Duduk' Saja Untuk Latihan Kegel 11,000 Kali!

‘Duduk’ Saja Untuk Latihan Kegel 11,000 Kali!

Pentingnya latihan kegel untuk wanita kerana itulah yang membantu menguatkan otot pelvik yang lemah dan longgar selepas berkahwin dan bersalin!

Persoalannya kamu buat tak? Jika digabungkan kesemua kami dalam team Cosmo pun mungkin tak sampai 500 kali seumur hidup! Jadi bila diberi peluang untuk mencuba Emsella di Klinik A’lainn, perawatan menguatkan otot pelvik yang memerlukan kamu duduk saja selama lebih kurang 30 minit dan tadaaaaa! Siap senaman kegel 11,000 kali – dah tentu peluang itu dak diabaikan!

Kenapa perlu kuatkan otot pelvik? Ladies, malangnya dengan usia, gaya hidup, tambah pula jika kamu dah berumah tangga dan pernah melahirkan, otot pelvik kita menjadi lemah dan longgar yang membawa kepada masalah dalaman wanita lain seperti ketidakpuasan seks, inkontinens urinari (batuk atau bersin sikit dah terkucil), malah lantai pelviklah yang menyokong rahim, pundi kencing, rektum dan usus kecil dan kegel penting untuk memastikan semuanya berada di tempat yang betul, tak jatuh, tak longgar, ketat dan padu macam dulu!

Memandangkan saya yang paling (ehem) senior di dalam team Cosmo, dan juga sedang mengalami sedikit incontinence ketika itu, pelawaan untuk mencuba Emsella tiba pada waktu yang tepat. Berminggu-minggu mengalami batuk-batuk, selepas dua tiga minggu saya perasan agak sukar menahan kencing bila terbatuk. Itu setakat batuk, ramai wanita yang lebih berusia mengalami incontinence yang lebih teruk, ada kalanya tidak sempat ke bilik air kerana langsung tidak dapat mengawalnya.

Sebelum ke Klinik Alainn, saya melihat laman IG mereka @alainnclinic untuk ketahui serba-sedikit apa yang saya bakal lakukan. Ada video Scha Alyahya dan juga beberapa public figure lain yang berkongsi pengalaman mereka. Tetapi untuk lebih jelas, kamu layan video daripada Dr. Ain sendiri. Diselitkan juga video ilustrasi bagaimana Emsella membantu menguatkan lantai pelvik. BTL Emsella menggunakan teknologi High-Intensity Focused Electromagnetic (HIFEM) yang menyebabkan stimulasi otot lantai pelvik juga pembaikan kawalan neuromuskular. Sasaran utama bagi stimulasi otot lantai pelvik adalah untuk menguatkan saluran kencing yang lemah juga otot lantai pelvik itu sendiri.

View this post on Instagram

Stress Urinary Incontinence is the most common type of incontinence suffered by women, especially for women who have given birth and are menopausal. With stress urinary incontinence, movements and activities such as coughing, sneezing, and lifting put greater abdominal pressure on the bladder which causes the accidental leakage of urine. BTL Emsella – a High-Intensity Focused Electromagnetic technology (HIFEM®) produces deep pelvic floor muscles stimulation and restoration of the neuromuscular control. This unique technology revolutionizes the women’s intimate health and wellness by providing those suffering from incontinence with a completely non-invasive option. For further information: 📧info@alainnclinic.com 📱012-271-0301 📱017-303-0163 #alainnclinic #pelvichealth #urineincontinence #kegelexercise #femiva #femivabyalainn #womenshealth #sexualhealth #vaginalrejuvenation #prolapse #incontinence #noninvasive #nonsurgical #btlemsella #btlaesthetics #bodybyscience

A post shared by AESTHETICS.WELLNESS.SKINCARE (@alainnclinic) on

 

Kamu jangan ingat duduk di kerusi Emsella tu seperti lepak kedai kopi ya. Memanglah duduk tetapi perlu dalam posisi dan postur yang betul supaya gelombang elektromagnet betul-betul mengena sasarannya. Getarannya ada kalanya mengejutkan dan mungkin juga terasa kebas di bahagian vagina tetapi ia tidak menyakitkan. Selesai 28 minit, kamu seperti telah melakukan senaman Kegel 11,000 kali! Bergantung kepada individu dan atas nasihat doktor, kamu mungkin perlukan empat ke enam kali sesi Emsella dan dijarakkan antara 48 jam. Boleh bayangkan tak kesannya selepas itu? Saya perasan, selepas sesi pertama walaupun masih terbatuk-batuk, tetapi tidak lagi terkucil seperti sebelum itu. Memang pantas kesannya! Dan disebabkan laluan faraj pun diketatkan, kamu perlu cuba sendirilah untuk tahu puas atau tidak selepas hubungan intim! Cuba tanya suami, ada beza tak?

 

 

Berbalik kepada senaman kegel, kamu tahu tak sesetengah wanita tidak tahu bagaimana untuk melakukan senaman itu? Rawatan Emsella bukan saja membantu melakukan senaman itu untuk kamu, tetapi ia juga melatih kamu untuk kenal pasti jika kamu melakukan kegel sendiri dengan betul, kenal pasti otot yang perlu kamu sasarkan. Jadi rajin-rajinlah lakukan senama kegel. Ia boleh kamu lakukan di mana-mana, sedang duduk, sedang berdiri, tengah memandu. Cuba kira berapa lama kamu boleh tahan. Kalau boleh sampai seminit, tahniah! Kamu memang champion!

 

Untuk maklumat lanjut bolehlah lihat di Instagram @alainnclinic atau layari https://alainnclinic.com/treatment/pelvic-care/

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru