Dua Warna Untuk Dua Kali Keceriaan Pada Bibirmu - Page 6 of 11 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Dua Warna Untuk Dua Kali Keceriaan Pada Bibirmu

Efek warna bibir matte hanya sempurna bila ia tidak kering dan Laneige Two-Tone Matte Lip Bar menggabungkan matte dan lembapan!

Tiada yang lebih menonjol daripada gincu matte pada bibir yang kering... Semuanya jelas kelihatan! Rekahannya, kulit yang menggelupas dan juga kesan warna yang tak sekata. Kerana itu sejak dulu pakar-pakar solekan menasihatkan jika kamu ingin gayakan bibir matte, bibirmu haruslah lembap dan lembut untuk kesan terbaik. Pakai lipbalm sebelum gincu? Laneige ada sesuatu yang lebih hebat! Yang pertama seumpanya, Two-Tone Matte Lip Bar yang menggabungkan kesan warna matte, lembapan serta pilihan duo warna yang menawan membuatkan kamu selesa bergaya sepanjang hari.

LANEIGE mengekalkan ciri-ciri  khas two-tone lip bar dengan kombinasi warna  yang ditetapkan oleh pakar. Gabungan warna matte pada bahagian atas dan primer bibir di petak bawah menghasilkan efek gradien matte semula jadi. Pigmen mikro yang pekat memastikan pengagihan warna seragam apabila dioles ke bibir. Formula gel khas mengisi garis-garis bibir, mencipta olesan licin sempurna.

6 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

NO. 6 Red Velvet

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru