Dry Shampoo Boleh Buat Rambut Kamu Menipis? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Dry Shampoo Boleh Buat Rambut Kamu Menipis?

Dry Shampoo Boleh Buat Rambut Kamu Menipis?

Berita menakutkan buat pengguna dry shampoo: Kamu mungkin menyebabkan ‘mahkotamu’ menipis!

 

Dry Shampoo Boleh Buat Rambut Kamu Menipis?

Foto: Shutterstock.com

 

Sejak munculnya dry shampoo atau syampu kering di pasaran, ramai antara kita yang menjadikannya koleksi ‘wajib ada’: Satu di rumah, satu dalam kereta, satu di pejabat… Tak dinafikan, memakai syampu kering setiap dua atau tiga hari membuatkan rambut kamu tampak lebih seksi juga harum. Boleh dikatakan ia kini adalah BFF kamu!

Sebab itulah hati Cosmo rasa berkecai bila dapat tahu penggunaan syampu kering yang kerap boleh merosakkan rambut, termasuk menyebabkannya gugur dan menipis.

Olga Khazan daripada The Atlantic membuat tinjauan sendiri selepas mendapati sebahagian kulit kepalanya semakin jelas kelihatan. Selepas membuat carian Google serta meminta pendapat 11 pakar rambut dan pakar kulit, dia mendapat beberapa info penting dan menarik. Pertama, ada sesetengah orang menggunakan syampu kering seperti syampu biasa, bermakna mereka bergantung kepada syampu ini semata-mata untuk bersihkan rambut. Masalahnya, syampu kering hanya booleh menyerap lebihan minyak di kulit kepala, bukan membersihkannya. Dia juga mendapati syampu kering “membentuk mendapan di folikel.” Ini boleh menyebabkan rengsa dan lama-kelamaan folikel menjadi lemah, menyebabkan rambut gugur. Dalam kes lain, folikel juga boleh melekat di antara satu sama lain, jadi “dua ke tiga helai rambut sihat akan turut luruh bersama sehelai rambut yang gugur ketika disikat.” Menakutkan!

 

This new dry shampoo actually cleans your hair rather than masking it

 

Cosmopolitan UK pula mendapati tidak mencuci rambut sekerap yang sepatutnya boleh menyebabkan mendapan microbial di kulit kepala – yang boleh mengakibatkan masalah kulit seperti seborrhoeic dermatitis, menjadikan kulit kepala merah dan gatal.

Penyelesaiannya? Cuci rambut kamu seperti yang sepatutnya. Jangan bergantung pada syampu kering untuk membersihkan rambut kerana ia sebenarnya tak banyak membantu. Guna hanya bila diperlukan dan hadkan seminggu sekali saja. Cosmo cadangkan kamu guna clarifying shampoo untuk menyingkir sisa produk di kulit kepala agar ‘mahkotamu’ lebih sihat.

 

 

Artikel asal: Retty Contreras (cosmo.ph)

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor