Drama Diantara Cardi B, Nicki Minaj Dan BET
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Drama Di Antara Cardi B, Nicki Minaj Dan BET

Cardi B telah memadam akaun Instagramnya setelah memenangi Anugerah Grammy minggu lalu. Ini berlaku setelah BET cuba melagakan Cardi dan Nicki Minaj, yang menyebabkan banyak cemuhan terhadap Cardi.

Cardi kemudiannya membidas kesemua kritikan ini sebelum memadam akaunnya, dengan memberi penjelasan dia telah “taking a lot of sh*t”.

Drama ini berlaku apabila BET menyindir Nicki Minaj ketika Cradi B memenangi Album Rap terbaik, dengan menulis “Meanwhile, Nicki Minaj is being dragged by her lace front”. Ini menyebabkan Nicki meradang dan semua orang menyerang Cardi.

Sebelum memadam Instagramnya, Cardi memberi respons terhadap drama ini dengan epik sekali:

“It’s not my style for people to put other people down to uplift somebody else. That’s not my style and that’s not what I’m with. I don’t support that. However, I’ve been taking a lot of sh*t today. I’m seeing a lot of bullsh*t today and I saw a lot of sh*t last night, and I’m sick of this sh*t. I work hard for my motherf*cking album.”

Cardi berkata dia tidak bersetuju dengan tindakan BET terhadap Nicki dan mempertahankan diri daripada pengkritik yang mengecilkan dirinya.

Sementara itu, Nicki mengatakan akan menarik diri daripada anugerah BET dan akan fokus kepada tour album.

Artikel asal: Mehera Bonner (Cosmopolitan.com)

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker