Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Sebab Donald Trump Dibenci

Donald Trump Manusia Paling Dibenci Di Amerika Syarikat

We want Barrack Obama! Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat nampaknya lebih selesa jika Obama dikekalkan sebagai Presiden USA. Musim pilihan raya sedang hangat berlansung dan lima calon iaitu Donald Trump, Hillary Clinton, Gary Johnson, Jill Stein dan Evan Mcmullin akan bersaing merebut undian menjadi the next President of The United States.

Sebab Donald Trump Dibenci

Dua calon yang paling diperkatakan tentunya Donald Trump dan Hillary Clinton. Trump dilihat paling gigih berkempen tetapi apa yang membuatkan dia menjadi individu paling dibenci? Tarikh 8 November ini adalah hari undian dan menjadi penentu siapakah yang bakal menggantikan Obama! Cosmo senaraikan sebab kenapa Trump dibenci oleh kebanyakan warga Amerika termasuk selebriti popular.

Sebab Donald Trump Dibenci

1. Donald Trump telah dibenci sejak zaman kegemilangannya dalam program The Apprentice. Kalau kamu pernah menonton program tersebut, kamu akan tahu kenapa Trump menjengkelkan. Gayanya yang berlagak penuh ego memang membuat ramai meluat. Malah Trump memang selalu dijadikan bahan jenaka di Amerika Syarikat. Sebanyak 90% undian di internet berpendapat Trump tidak layak menjadi Presiden kerana dia tidak merendah diri.

 

2. Trump seorang businessman yang berjaya dan mempunyai kekayaan dan aset yang banyak. Ramai berpendapat seorang calon Presiden yang business minded hanya akan mementingkan keuntungan, selfish dan hanya berjuang untuk diri sendiri.

 

3. Kekayaan Trump bukanlah atas usahanya sendiri sebaliknya harta pusaka yang diwarisi daripada empayar keluarganya. Malah Trump dilaporkan mempunyai tunggakan hutang dan masalah kewangan. Menurut beberapa komen daripada warga Amerika, bagaimana seorang individu yang banyak hutang layak memimpin sebuah negara?

 

4. Trump is racist! Menerusi Twitternya, Trump dilihat hanya mengagungkan white people dan perancangannya untuk membina tembok sempadan di antara USA dan Mexico dan menghalang imigrasi dari negara Islam bekerja di Amerika membuatkan dia lebih dibenci! Undian di internet menyaksikan peratusan Trump dibenci ialah 83% daripada bangsa Latin, 99% bangsa kulit hitam membencinya dan 100% bangsa African-American tidak menyokongnya.

 

5. Trump juga kerap mengutuk golongan selebriti antaranya Lindsay Lohan, Lady Gaga dan The Kardashians. Beberapa selebriti terkenal menentang dan membenci Donald Trump. Baca komen selebriti yang membencinya :

Shakira – “No one living in this century should stand behind so much ignorance.” Shakira marah selepas Trump menyifatkan orang Latin sebagai perogol dan penjenayah yang menyumbang kepada kegiatan jenayah di USA.

Jennifer Lawrence – “Kalau Donald Trump diangkat sebagai Presiden, dunia ini akan berakhir”, Jennifer  secara beraninya meluahkan kebencian itu secara live di program TV British, The Graham Norton Show.

John Legend – “Kaki putar belit, racist dan dia tidak layak memimpin Amerika.”

Will Smith – “Tidak pernah terbayang seorang calon Presiden boleh memanggil wanita lain sebagai a fat-pig?” Will terlalu marah selepas Trump memanggil Khloe Kardashian gemuk dan hodoh.

Miley Cyrus – Menerusi Instagramnya, Miley memuat naik foto dengan kapsyen: “Donald Trump is a f*****g nightmare.”

Foto: Shutterstock.com

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness