Dilaporkan Berkahwin - Justin Bieber Dan Hailey Baldwin Buat Pengakuan!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Dilaporkan Berkahwin – Justin Bieber Dan Hailey Baldwin Buat Pengakuan!

Kecoh satu dunia (satu dunia tau, bukan satu Hollywood saja), bila Justin Bieber dan kekasih supermodelnya, hailey Baldwin dilaporkan berkahwin secara senyap khamis lalu.

Kisah perkahwinan mereka menjadi bualan hangat selepas berakhirnya New York Fashion Week. Menurut laporan TMZ, mereka mendapatkan sijil perkahwinan pada khamis lalu di New York City courthouse secara tergesa-gesa tanpa pengetahuan ahli keluarga mahupun rakan rapat.

Sebelum ini kedua-duanya memang telah memberikan kenyataan akan berkahwin tidak lama lagi, malah Hailey sendiri telah memberikan bayangan konsep persandingan mereka nanti.Mereka berdua merancang mengadakan majlis persandingan secara besar-besaran penuh tradisi keagamaan. Hailey mendedahkan dia mahukan persandingan bertemankan tropikal di dalam hutan dipenuhi lampu berkelipan.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

justin bieber hailey baldwin married

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness