Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Dikatakan Telah Mati, Avril Lavigne Kongsi Cerita Di Sebalik Lagu Terbaru

Disaat muzik pop sedang hangat sekitar tahun 2002 dan industri muzik didominasi oleh Britney, Christina dan kumpulan pop lain, Avril muncul dengan formula berbeza. Gadis skate-punk berasal dari Kanada itu berjaya menambat hati ramai peminat seluruh dunia.

Ketika melancarkan album pertamanya, Let Go, Avril menjadi kegilaan remaja sehingga gaya dan stailnya menjadi ikutan. You know, those camouflage pants, ties and boots. Kerjaya Avril dilihat sedikit tenggelam selepas album ketiganya -The Best Damn Thing dilancarkan apabila dia sedikit demi sedikit menukar imej lebih feminin dengan muzik yang lebih pop dan ballad.

Dari situlah bermulanya kisah kononnya Avril sebenarnya telah mati pada tahun 2005 akibat tekanan perasaan dan kemudian digantikan dengan doppelganger - Melissa Vandella yang kebetulan mempunyai persamaan hampir 99% dengan Avril. Konspirasi? Kamu boleh baca semula kisah tersebut di sini - Avril Lavigne Sebenarnya Telah Mati Dan Digantikan Dengan Kembarnya? For Cosmo, she is still alive. Cuma dia melalui proses kematangan dari segi fizikal dan imej, seperti individu lain di dunia.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness