Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Diekori Stalker Hingga Ke Rumah, Keselamatan Rihanna Terancam

Seorang lelaki yang mengekori Rihanna telah ditangkap selepas menceroboh kediamannya dan menetap di situ selama 12 jam, lapor BBC.

Penceroboh bernama Eduardo Leon itu dijumpai di rumah penyanyi tersebut di Los Angeles oleh pembantu rumahnya pada 9 Mei.

Eduardo telah didakwa kerana stalkingfirst-degree residential burglary, vandalisme dan menentang penangkapan, pendakwa raya Amerika Syarikat mengesahkan. Dia dijadualkan hadir ke mahkamah pada hari Isnin.

TMZ melaporkan, Eduardo memberitahu polis dia berada disana untuk "melakukan hubungan seks bersama Rihanna" dan apabila dijumpai, dia dilaporkan sedang memunggah beg dan mengecas telefon bimbitnya. Ini adalah percubaan keduanya menceroboh rumah penyanyi tersebut. Awal minggu ini, dia dikatakan telah menceroboh rumah lain kerana menyangka itu merupakan rumah Rihanna.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for rihanna 2018

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker