Destinasi Percutian Popular Menerusi Carian #Hashtag - Page 2 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Destinasi Percutian Popular Menerusi Carian #Hashtag

Destinasi Percutian Popular Menerusi Carian #Hashtag

Mudahnya untuk kamu lakukan tinjauan bagi misi kembara sekarang ini. Dengan hanya menaip hashtag tertentu, kamu boleh buat pilihan bijak dengan imej yang dipaparkan. Ini destinasi pilihan Cosmo mengikut hashtag.
2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#colourfulcity

Olissippo Lapa Palace Hotel, Lisbon, Portugal

Mana lagi destinasi warna-warni pastel yang menyinari kota kalau bukan di Lisbon? Rugi jika tidak singgah ke sini kala kamu merancang Euro trip bersama teman-teman atau si dia. Bila sebut saja ‘from a palace to a hotel’, ia sudah menggambarkan betapa klasiknya hotel yang dibahagikan kepada tiga bahagian yang berbeza; Palace Wing, Garden Wing dan Villa Lapa dengan jumlah sebanyak 109 bilik. Kesemua bilik dihiasi dengan fabrik dan perabot ala Portugis dan hiasan berbeza-beza di setiap aras. Bilik dan suit di istana memberi elemen gaya yang menakjubkan; kamu bakal terpesona dengan art deco, gaya kolonial, algarvian dan neo-klasik!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist