Destinasi Bulan Madu Sempurna di Phuket, Thailand - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Destinasi Bulan Madu Sempurna di Phuket, Thailand

Pengalaman honeymoon di Phuket yang pastinya akan kamu ingati sampai bila-bila…

Bulan madu adalah waktu terbaik untuk kamu dan pasangan meluangkan masa bersama dan cipta kenangan terindah yang akan kamu ingat sampai bila-bila. Cosmo ke Phuket, antara destinasi bulan madu yang cukup popular di Asia Tenggara, untuk rasai sendiri pengalaman berhoneymoon di The Pavilions Phuket.

Buat pasangan newlywed yang mahukan privasi, The Pavilions Phuket yang terletak di puncak bukit sempurna untukmu! Cosmo cadangkan kamu pilih Ocean View Pool Villa yang mempunyai infinity pool berhadapan dengan pemandangan pantai Layan Beach dan Andaman Sea, bolehlah kamu nikmati sunset dan sunrise di bilik! Lebih menarik lagi, The Pavilions Phuket juga menawarkan in-room couple spa dan barbeku di dalam bilik untuk waktu lebih romantis.

 

Di sini, kamu ditawarkan dengan tiga jenis restoran/bar untuk memenuhi selera gastronomi berbeza iaitu The Plantation – bercirikan kolonial dengan cita rasa Thai, Firefly – masakan kontemporari grill Mediterranean dalam gaya al fresco dan 360° Bar – buat pengunjung yang mahu menikmati moktel sambil melihat pemandangan panorama.

The Plantation

Firefly

360° Bar

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva