Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Design Village, Bringing Luxury to Penang

Merupakan satu-satunya premium outlet dan pertama di Penang serta di rantau utara, Design Village bakal menjadi destinasi ikonik fesyen yang dilengkapi dengan label fesyen mewah, jenama premium dan high street, kanak-kanak, barangan sukan dan outdoor, kafe dan banyak lagi.

 

Design Village

Sebanyak 500 stor bakal dibuka di tapak seluas 400,00 kaki persegi, Design Village menawarkan pengalaman membeli-belah lain daripada lain berkonsepkan tropical garden yang tidak pernah kamu lihat sebelum ini. Menariknya, pelbagai tawaran berbeza akan ditawarkan setiap hari, sehinggalah mencecah diskaun 70% -, jadikan ia seperti sale sepanjang tahun!

Mall separa open-air satu tingkat ini juga menampilkan ciri-ciri bumbung untuk keselesaan pejalan kaki dan landskap tropikal indah bersertakan deretan stor jenama high-end yang dipersembahkan dalam bentuk ‘jewel boxes’. Design Village dirancang secara teliti untuk kemudahan membeli-belahmu.

Terdapat lima zon dalam reka bentuk ‘looped race-track’ yang terdiri daripada jenama berprestij dan mewah, brand premium dan highstreets, kasut, aksesori dan macam-macam lagi.

Design Village bakal dibuka kepada umum November 2016 ini. Untuk ketahui lebih info layari atau klik Design Village.

 

 

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva