Dekorasi Rumah Ikut Personalitimu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
dekorasi rumah

Dekorasi Rumah Ikut Personalitimu

Dekorasi rumah menggambarkan personaliti dirimu. Kaji dan analisis diri kamu dan kemudian terjemahkan menerusi cara kamu menghias rumah. 

dekorasi rumah

 

Antik & Klasik

Kalau kamu berjiwa antik, pasti pilihan perabot kamu adalah berkualiti tinggi dengan hiasan menawan serta kemasan yang terperinci. Rona kuning menampilkan keceriaan, menyerlahkan kemesraan dan inspirasi. Tambahan warna keemasan pula menyuntik keseragaman gaya dan rasa lebih grand. Penggunaan fabrik baldu yang cukup lembut, menyuntik inspirasi kaum bangsawan. Namun, too much velvet membuatkan ruang kediaman terasa ‘tua’, sekali gus menampakkan kamu lebih dewasa daripada usia pula. Kamu boleh suntik gaya antik ini dengan hiasan moden di rumahmu yang sedia ada, agar segala-galanya nampak seimbang dan sedap mata memandang. Pilih rona pastel dengan perincian lama untuk wujudkan dekorasi yang diingini.

 

Kreatif & Imaginatif

Gaya kreatif dengan penggunaan imaginasi ada kalanya unik. Kegunaan corak yang pelbagai dan hiasan abstrak dengan warna terang dan ketara pada bilik boleh timbulkan satu tarikan yang diingini. Namun, jika kepelbagaian ini tak pandai disatukan, ruang kediaman kamu boleh tampak serabut. Jadi kamu kena pandai dan berani bermain dengan warna yang vibrant and bold. Warna merah antara yang paling bertenaga dan berahi, dan boleh beri impak emosi dengan perhatian yang dinamik. Pilih warna yang menawan dan gagah, tapi tak terlalu empowering. Tentu kamu tak mahu dinding bilik saja yang menarik perhatian, tapi juga hiasan dan dekor secara keseluruhan.

 

Anggun & Sederhana

Kamu sukakan dekor yang sederhana dan tak berlebihan? Less is more, ternyata kesederhanaan adalah simbol kecantikan dan kesucian. Tapi gaya yang terlalu ringkas akan nampak bosan. Contohnya, bila semua hiasan sehinggalah ke cat bilik berwarna putih telur saja. Lebihkan penggunaan hiasan monokrom, corak yang dibuat mengunakan satu saja tona warna sahaja. Hiasan marble belainan bentuk juga boleh menimbulkan keanggunan. Apatah lagi bila melibatkan material sifon dan warna pastel, ia boleh menampilkan efek lembut dan ringan. Warna yang tenang dan sejuk juga menimbulkan aura keselesaan pada ruang. Hiasi meja hiasan kamu dengan jam dinding yang menggunakan nombor Roman. Ia mampu memberikan gaya sederhana yang menawan, dengan kombo hiasan yang menyuntik efek gaya moden. Kamu juga boleh kekalkan personaliti minimalis dengan lampu LED dari Ikea yang hadir dalam pelbagai bentuk.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness