Dekorasi Kediaman: Tip Gabungkan Cita Rasa Kamu dan Suami
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
dekorasi

Dekorasi Kediaman: Tip Gabungkan Cita Rasa Kamu dan Suami

Selamat pengantin baru! Dan kini tiba masanya untuk tinggal bersama. Cosmo kongsi tip dan nasihat agar kalian dapat hidup selesa.

dekorasi

Setelah mengharungi proses bercinta, kemudian bertunang dan seterusnya ke jinjang pelamin, kalian secara rasminya boleh duduk serumah. Tapi, sebelum kamu bungkus koleksi anak patung dan membayangkan kalian menggunakan lampu tidur merah jambu ingat ini: Hiasan rumah perlu merangkumi gaya kamu berdua. Lelaki sebenarnya amat sukakan ruang mereka sendiri walaupun mereka mungkin malu untuk suarakan pendapat tentang bab hiasan. Tapi kamu boleh gunakan mereka untuk mengedit idea yang kamu utarakan. Cuba idea ini untuk kick start projek hias rumah pertama kamu dan si dia.

1. Bermain Dengan Warna

Jangan takut nak mengecat rumah dengan warna selain putih atau krim. Mengecat dengan gabungan warna betul akan bantu set the mood untuk ruang terbabit. Kamu dan si dia boleh bertolak ansur dengan pemilihan warna jika tak asyik berbalah. Mungkin suami boleh pilih untuk study room dan kamu pilih untuk dapur, contohnya.

 

2. Selepas Itu Baru Perabot

Biasanya bila bercakap mengenai menghias rumah, kamu akan membayangkan perabot idaman. Tapi Cosmo sarankan agar kamu memilih perabot selepas mengecat ruang tersebut. Kamu boleh senaraikan gaya perabot dan jenis langsir dengan lebih jelas apabila sudah tahu warna bilik atau ruang tersebut. Malah kerja mengecat tidak seteruk disangka. Kamu kena banyak bersabar dan lindungi kawasan dicat agar tak jadi kotor, tapi hasilnya amat berbaloi.

 

3. Bermain Dengan Susunan

Kamu juga boleh bermain dengan susun atur sesebuah ruang tanpa mengehad kegunaannya. Kalau sebut bilik tidur, pasti kamu bayangkan katil, almari pakaian dan mungkin dressing table. Kamu boleh gunakan katil sebagai pembahagi kawasan untuk mendapatkan dua ruang. Atau gunakan almari bertingkat untuk menngubah fungsi bilik tersebut. Tip: Pilih perabot yang mudah digerakkan. Selepas enam bulan kamu boleh ubah posisinya untuk dapatkan feel berbeza.

 

4. Formula Mix and Match

Memang rasa lebih mudah jika kamu memilih perabot daripada sebuah kedai untuk rumah kamu tapi ada kalanya, ia akan menampakkan kediamanmu seakan-akan dari sebuah katalog. Tip: Ambil masa untuk shop your furniture. Manalah tahu, bila kamu melancong ke mana-mana dan terjumpa item yang menarik ia mungkin dah tak kena dengan ‘rasa’ rumahmu. Sebaiknya, jangan letakkan satu deadline yang suntuk untuk siapkan rumah kalian. Take your time…

 

5. Benar-benar Milik Kalian

Alangkah seronoknya jika tetamu berkunjung ke rumah (atau ibu mertua) dan terus boleh ‘baca’ yang setiap hiasan dan perabot dipilih adalah refleksi pada keperibadian kalian. Kamu boleh cipta kelainan dengan memberi kontras pada perabot. Contohnya, kerusi berlainan rupa untuk meja makanmu atau cat kerusi itu dalam warna berbeza untuk berikannya ‘nyawa. Selain itu, kamu boleh beli satu perabot yang generic tapi suntik personaliti dengan menukar sarung kusyen kepada corak pilihanmu.

 

6. Pencahayaan Berbeza

Jika kamu tak gemar lampu siling, apa kata cuba letakkan beberapa lampu kecil di lantai, belakang almari kecil jika kamu tak sukakan direct light. Ia akan berikan mood yang soft dan romantis. Jika rumahmu dah siap lengkap dengan lampu siling, kamu boleh tukar mentolnya kepada jenis kekuningan jika mahukan mood yang sama. Helah ini juga berguna untuk sembunyikan sebarang ‘kecacatan’ dalam ruang tersebut kerana tetamu akan lebih relaks dengan suasana sedemikian.

Foto: Shutterstock.com/Pinterest

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor