Dekor Rumah Dengan Bajet Kecil
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Dekor Rumah Dengan Bajet Kecil

Cosmo kongsikan tip untuk dekor rumah dengan bajet kecil bagi mewujudkan suasana lebih nyaman dan relaks.

 

35872940_m

 

Bingkai Gambar Digital

Sememangnya gambar akan membuka bual bicara tetamu yang datang berkunjung. Kini bingkai digital direka untuk tampak lebih cantik, jadi letakkan satu di ruang tamu kamu. Disebabkan gambarnya boleh bertukar secara automatic dengan kerap, kamu boleh simpan stok foto percutian atau gambr bersama teman di dalamnya.

 

Rug Mini Untuk Bilik Tidur

Memijak lantai yang sejuk di bilik pada waktu pagi bukanlah cara yang hebat untuk mulakan harimu. Jadi letakkan karpet kecil di tepi agar kakimu tenggelam dalam ketebalannya bila bangun dari tidur. Hmm…

 

Lampu Boleh Laras

Tiada siapa mahu melepak lama dalam bilik yang terang dan silau, kamu pun akan nampak tak peka sebagai tuan rumah. Tip: letakkan alat dimmer pada lampu, ia mampu buat suasana jadi lebih santai.

 

Gunakan Cat Rona Hangat

Warna neutral memang hebat dan tampak menyamankan selain boleh beri ketenangan. Gunakannya untuk mengecat bahagian yang sering menjadi tumouan tetamu seperti bahagian dapur mahupun ruang tamu.

 

Lilin Harum Semerbak

Sesiapa saja akan rasa lebih tenang dalam ruang yang bersih. Dan jika rumahmu tak begitu spotless, ada cara mudah untuk dapatkan suasana serupa. Ramai orang mengaitkan haruman lilin dengan persekitaran bersih. Jadi nyalakan lilin beraroma di setiap penjuru rumah atau gunakan saja penyembur wangian.

 

Bakul Unik Sebagai Hiasan

Kamu perlu anggap bilik tidur sebagai zon paling selesa buatmu, jadi kamar yang bersepah dengan pelbagai barang (cermin mata, alat kawalan TV, buku, gincu, dan sebagainya) akan buat ia nampak serabut. Beli bakul dan bekas cantik, kemudian letakkan semua barangan tersebut ke dalamnya. Pasti kamu akan rasa lebih tenang.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor