
David Dan Victoria Beckham Dikatakan Bakal Bercerai
David dan Victoria Beckham membidas khabar angin yang mengatakan mereka bakal memfailkan penceraian dengan berkata, “berita palsu yang dihebahkan oleh media sosial.”
Sejak pasangan ini bersama pada tahun 1997 kemudian berkahwin pada tahun 1999 di istana mewah bertempat di Ireland, gosip cerai memang sering kali melanda tetapi kali ini pihak mereka dengan cepat menidakkan kenyataan tersebut.
“Sangat merepek,” kata pihak pasangan ini memberitahu PEOPLE apabila diminta memberi komen. “Journalist Chinese whispers dan berita palsu yang dihebahkan oleh media sosial. Tiada kenyataan akan dikeluarkan, tiada penceraian!”
Jadi bagaimana gosip ini boleh timbul?
Jika kita lihat kembali, semua drama ini bermula di Twitter apabila wartawan UK, Jonny Gould memuat naik satu tweet “David and Victoria Beckham will be trending later.”